Netizen Kecam Aksi Yazmin Aziz Selamba Bercium Dengan Kekasih – “Ingat, Awak Tu Islam”
Momen mesra tersebut mencetuskan rasa kurang senang ramai pihak.
Cover image via @divastar_klao (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nama penyanyi dan personaliti media sosial, Yazmin Aziz, kembali menjadi bualan netizen selepas tular satu video memaparkan dirinya bercium dengan teman lelaki, Simon Joseph Javier, di khalayak ramai
Kejadian itu dikatakan berlaku pada malam kemenangan Simon dalam pertandingan Mister National Universe anjuran Mister International Philippines 2025 (MIPH 2025) yang berlangsung di Manila, Filipina pada Ahad lalu.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Yazmin yang dilihat mengenakan gaun hitam labuh, memeluk dan mencium kekasihnya tu sejurus pengumuman kemenangan dibuat.
Namun, momen mesra tersebut mencetuskan rasa kurang senang ramai pihak, lebih-lebih lagi kerana Yazmin merupakan wanita beragama Islam.


Yazmin akui sedang bercinta dengan Simon
Sebagai info, Yazmin sebelum ini pernah berkongsi secara terbuka tentang hubungan cintanya dengan duda anak satu itu selepas berkenalan di media sosial.
Katanya, dia terpikat dengan sikap penyayang dan keperibadian positif yang ditunjukkan oleh Simon sepanjang perkenalan mereka.
Walaupun ada yang mendoakan kebahagiaan pasangan itu, tetapi tidak kurang juga yang mengingatkan Yazmin supaya lebih berhati-hati dengan tindakan yang boleh mengundang persepsi negatif terutama dalam soal agama dan budaya.
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



