Netizen Indonesia Persoal Budaya Peminat Malaysia Sambut Artis K-Pop Bila Tiba Di KLIA
Ada saja yang tak kena ya.
Cover image via @smokinjiyong (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia apabila peminat K-pop atau artis antarabangsa turun beramai-ramai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap kali idola mereka tiba
Bagi peminat, itu bukan sekadar peluang melihat artis secara dekat, tetapi sebahagian daripada budaya menghargai kehadiran mereka.
Namun, baru-baru ini suasana tersebut mencetuskan perdebatan hangat antara netizen Indonesia dan Malaysia di media sosial.
Semuanya bermula apabila segelintir netizen Indonesia di laman X meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan peminat Malaysia yang berkumpul di KLIA, mendakwa ia mengganggu pergerakan orang awam lain.
"Baiklah, anda semua sangat mengambil berat tentang idola anda, bukan? Jadi, anda tidak peduli dengan orang lain di lapangan terbang itu?
"Lupa ke bahawa lapangan terbang itu bukan milik anda, tetapi milik awam? Adakah anda terlalu menyayangi idola anda sehingga anda tidak peduli jika nanti orang lain akan marah dengan tindakan anda?" kata salah seorang netizen.

Kenyataan itu telah menarik perhatian pengguna media sosial tempatan yang tampil mempertahankan budaya tersebut, malah mereka menjelaskan konteks sebenar tentang tradisi 'menyambut' di lapangan terbang yang sudah lama menjadi amalan masyarakat Malaysia
"Untuk makluman, menghantar dan menyambut di lapangan terbang bukanlah fan culture semata-mata.
"Kita memang melakukan hal ini untuk pelajar ke luar negara dan rombongan haji. Malah, perhimpunan mereka jauh lebih sesak kerana satu kampung akan turut serta Jadi, KLIA yang penuh sesak hanyalah perkara biasa (just another Tuesday)," kata netizen Malaysia.
Selain menegaskan bahawa situasi di KLIA masih terkawal, ramai turut menjelaskan bahawa peminat di Malaysia lazimnya mematuhi peraturan dan tidak mengganggu perjalanan orang awam.
"Lapangan Terbang kami (KLIA) tidak sama dengan lapangan terbang di negara anda yang membenarkan peminat menyerbu (menyasar) idola. Lagipun, peminat (fans) di Malaysia ini majoritinya adalah golongan yang bersopan dan tertib.
"Untuk makluman, kami tidak pernah menghalang laluan masuk atau keluar di pintu pelepasan atau ketibaan. Malah, laluan untuk ketibaan artis dan orang awam telah pun diasingkan; artis menggunakan Tingkat 5, manakala ketibaan orang awam biasa adalah di Tingkat 3. Tambahan pula, daripada tiga laluan masuk yang tersedia, laluan untuk artis hanyalah satu sahaja daripada tiga pintu tersebut," kata mereka lagi.
Lihat ciapan penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



