Netizen Dedah Spesies Burung Mana Yang Selalu ‘Menyapa’ & Berkicau Waktu Pagi

Baru tahu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda pernah terjaga awal pagi dengan bunyi burung yang seakan-akan 'menyapa' dari atas pokok atau kabel elektrik, anda sebenarnya tidak bersendirian

Bunyi itu sudah menjadi sebahagian rutin pagi ramai orang di Malaysia, sampai ada yang tertanya-tanya burung apa sebenarnya yang selalu berkicau sebelum matahari naik?

Baru-baru ini, persoalan itu akhirnya terjawab apabila netizen mula berkongsi gambar dan video, sekali gus mendedahkan spesies burung yang selama ini menjadi "alarm clock semula jadi" di banyak kawasan perumahan.

SAYS.com
Image via @1somewhereonlyweknow (TikTok)

Netizen dedah spesies burung tersebut

Menerusi satu video di akaun TikTok @1somewhereonlyweknow, pengguna berkenaan berkongsi rakaman seekor burung yang sering menarik perhatian orang ramai setiap kali berkicau pada waktu pagi.

Rakaman itu dengan pantas mencuri tumpuan kerana ia seolah-olah menjawab persoalan yang lama bermain di fikiran ramai burung apakah yang selalu kita dengar setiap hari?

Pendedahan tersebut turut mengundang perbincangan hangat di media sosial.

Ada yang seronok mendengar kicauannya kerana memberi suasana tenang pada awal pagi, manakala ada juga yang mengaku pernah menyangka bunyi itu datang daripada rumah jiran.

Apa pun, video itu akhirnya merungkai misteri "burung penyapa pagi" yang selama ini mencetuskan tanda tanya.

Rupa-rupanya ia adalah Burung Tuwu / Asian Koel (Eudynamys scolopaceus).

Fakta Burung Tuwu / Asian Koel (Eudynamys scolopaceus)

1. Klasifikasi dan Identiti

  • Nama Saintifik: Eudynamys scolopaceus.
  • Keluarga: Burung Tuwu termasuk dalam keluarga Cuculidae, iaitu keluarga yang sama dengan burung Sewah (Cuckoo).
  • Penyebaran: Burung ini adalah spesies tempatan dan terdapat secara meluas di seluruh Asia, termasuk Asia Tenggara (Semenanjung Malaysia, Sumatra, Kalimantan, Jawa), India, dan China.

2. Ciri-ciri fizikal

  • Saiz: Tubuhnya boleh mencapai panjang kira-kira 42 cm.
  • Perbezaan Jantina (Dimorfisme Seksual):
    • Jantan: Memiliki bulu berwarna hitam berkilat sepenuhnya.
    • Betina: Memiliki bulu berwarna coklat gelap atau coklat keabu-abuan dengan bintik-bintik atau jalur-jalur putih.
  • Ciri Utama: Kedua-dua jantina memiliki iris mata berwarna merah terang dan paruh berwarna hijau pucat.
SAYS.com
Image via Observation.org


3. Sifat dan pemakanan

  • Pemalu: Burung Tuwu bersifat pemalu dan lebih suka bersembunyi dalam vegetasi yang rapat (hutan sekunder, taman, kebun).
  • Diet: Ia adalah jenis burung pemakan buah-buahan (terutamanya buah Ficus/ara) dan juga memakan serangga.


4. Tingkah laku pembiakan (parasitisme sarang)

  • Parasit Sarang: Burung Tuwu terkenal kerana tingkah laku parasitisme sarang (brood parasitism).
  • Strategi: Burung Tuwu betina akan bertelur di dalam sarang burung lain (seperti Burung Gagak, Srigunting, atau Kepodang) setelah memakan atau membuang telur asal.
  • Pengeraman: Telur Tuwu akan dieram oleh burung hos (pemilik sarang) sehingga menetas, dan anak Tuwu dijaga oleh burung hos tersebut.


5. Bunyi dan kepercayaan

  • Suara: Burung Tuwu jantan menghasilkan bunyi yang kuat, nyaring, dan berulang-ulang (seperti "koo-oo" atau "tuu-wuu").
  • Waktu Bunyi: Suara ini sering kedengaran dari pagi (waktu Subuh) hingga senja, terutamanya semasa musim membiak.
  • Petanda Musim: Di beberapa tempat, kicauan nyaring burung Tuwu yang kerap dipercayai sebagai tanda bahawa musim hujan atau musim tanam akan segera tiba.

Lihat video di bawah:

@1somewhereonlyweknow

Dia ni rupanya yang selalu buat bising..biasa tak nampak kat mana dia sembunyi.. #malaysia #birds

♬ original sound – Nottheone – Nottheone

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik