Netizen Dakwa Air Botol Spritzer Bau Macam Petai, Ini Penjelasan Rasmi Pihak Syarikat

Pihak syarikat memberi jaminan bersedia memberikan bantuan dan penggantian kepada pengguna yang terjejas.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai aduan segelintir pengguna yang mendakwa air mineral botol jenama Spritzer mengeluarkan bau kurang menyenangkan, malah ada yang menyamakan baunya seperti petai

Isu tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang keliru dan tidak selesa dengan bau air tersebut, memandangkan jenama berkenaan cukup dikenali dalam kalangan pengguna di Malaysia.

Susulan aduan yang tersebar, Spritzer telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi pada malam tadi bagi menjelaskan situasi sebenar.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Shopee

Sedia bantu dan ganti semula air bermasalah

Menurut pihak syarikat, bau tersebut berkemungkinan berpunca daripada cara penyimpanan air botol yang tidak sesuai, kerana air mineral boleh menyerap bau jika disimpan berdekatan bahan berbau kuat.

"Spritzer mengambil maklum mengenai maklum balas tentang bau yang tidak menyenangkan pada beberapa botol Natural Mineral Water dan kami memohon maaf atas kesulitan ini.

"Kami telah mengambil tindakan segera termasuk menjejak kelompok pengeluaran, ujian yang terperinci dan audit terhadap pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan.

"Ujian awal mengesahkan bahawa air tersebut selamat diminum dan siasatan lanjut sedang dijalankan,"
jelasnya.

Spritzer turut mengingatkan agar air botol dihabiskan segera selepas dibuka, bagi mengelakkan sebarang perubahan bau atau rasa yang tidak diingini.

Dalam masa yang sama, syarikat juga memberi jaminan bahawa mereka bersedia memberikan bantuan dan penggantian kepada pengguna yang terjejas.

Lihat kenyataan penuh di bawah:

SAYS.com
Image via Spritzer (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik