Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perak & Dua Lagi Negeri Berisiko Dilanda Gempa Bumi

Sistem amaran dan tindak balas bencana berfungsi dengan lebih berkesan akan sentiasa dipastikan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Buletin TV3 & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Enam negeri di Malaysia dikenal pasti berada dalam zon berisiko gempa bumi

Menerusi laporan Bernama, Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii, negeri terbabit ialah Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak, ia hasil daripada kajian pemetaan sesar aktif oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Peta Seismotektonik Malaysia.

Beliau menjelaskan, kajian tersebut menunjukkan terdapat zon sesar aktif di keenam-enam negeri berkenaan yang berpotensi mencetuskan gegaran, sekali gus menjadikan kawasan itu terdedah kepada ancaman bencana alam seperti gempa bumi.

Sehubungan itu, katanya, pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia sedang giat dijalankan oleh JMG dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), universiti tempatan dan agensi teknikal berkaitan bagi memastikan maklumat risiko gempa di negara ini sentiasa tepat dan terkini.

"Pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia dengan mengambil kira maklumat terkini seperti kejadian gempa bumi yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini, kewujudan sesar aktif bahan geologi dan maklumat siasatan tanah.

"Kejadian gempa bumi di Segamat dan Batu Pahat adalah satu proses pelarasan semula tenaga tektonik yang terkumpul dalam sesar kuno bagi menstabilkan semula kerak bumi. Ini dipengaruhi oleh lanjutan zon Sesar Mersing iaitu sistem sesar utama di Johor Timur… berdasarkan data sedia ada dan terbaharu, Segamat khususnya dan Johor amnya masih berada dalam zon selamat," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

SAYS.com

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Image via Harian Metro

MetMalaysia dan JMG bekerjasama memantau aktiviti gempa bumi di negara ini 

Mengulas lanjut, Huang berkata MetMalaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) terus bekerjasama dalam memantau aktiviti gempa bumi di seluruh negara bagi memastikan sistem amaran awal dan tindak balas bencana berfungsi dengan lebih berkesan.

"Bagi tujuan ini, MetMalaysia akan melaksanakan Projek Pemerkasaan Perkhidmatan Gempa Bumi dan Tsunami Fasa 2 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

"Projek itu merangkumi pengukuhan 12 stesen seismik di seluruh negara termasuk pembinaan dua stesen baharu di Segamat dan Muar, Johor serta menaik taraf empat stesen sedia ada di Johor Bahru, Batu Pahat dan Gelang Patah daripada jenis strong to weak motion untuk mengesan gegaran bermagnitud lemah," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Beliau menambah, berdasarkan kajian kumpulan kerja pakar seismometrik yang terdiri daripada agensi teknikal, penyelidik dan badan profesional di bawah Jawatankuasa Tindakan Gempa Bumi yang diketuai oleh JMG, tahap maksimum gempa bumi yang boleh dijangka di Segamat dan Batu Pahat berada pada skala sederhana.

"Walaupun gempa bumi di Semenanjung Malaysia umumnya berskala lemah hingga sederhana, risiko tetap wujud terutama di kawasan berhampiran jalur sesar seperti zon sesar Mersing yang dipengaruhi oleh sifat geologi kawasan tersebut.

"Reka bentuk struktur tahan gempa bumi di Malaysia adalah berpandukan Malaysia National Annex to Eurocode 8: Design of Structures for Earthquake Resistance, yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia, sebagai garis panduan utama dalam mitigasi kejuruteraan," katanya.

Huang menjawab demikian ketika meneliti soalan tambahan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN–Rompin) mengenai tahap maksimum magnitud gempa bumi yang berpotensi berlaku di negeri Johor.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: