Negeri Selangor Catat Jumlah 3,392 Kes Rogol Paling Tinggi Dalam Negara Sejak Tahun 2015
Pihak polis dilaporkan telah menjalankan siasatan ke atas sejumlah 17,609 kes bagi tempoh antara tahun 2015 hingga 2025.
Cover image via Gambar janaan AIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia mencatatkan purata lima kes rogol sehari sepanjang tempoh sedekad yang lalu
Memetik laporan New Straits Times, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa pihak polis telah menyiasat sebanyak 17,609 kes antara tahun 2015 hingga 2025.
Daripada jumlah kes yang disiasat itu, hanya 7,090 kes yang berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.
Data tersebut dikemukakan melalui jawapan bertulis di Parlimen kepada Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.
Statistik berkenaan mendedahkan jurang yang signifikan antara laporan yang dibuat dengan kes yang berjaya dibawa ke peringkat pendakwaan.

Gambar janaan AI
Antara semua negeri, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 3,392 laporan dan 1,575 pendakwaan telah difailkan
Ini diikuti oleh Johor dengan 2,006 kes (806 pendakwaan), manakala Sabah dan Kedah masing-masing merekodkan 1,817 serta 1,465 kes.
Dalam tempoh yang sama, Perlis mencatatkan angka terendah di seluruh negara dengan 275 siasatan dan 116 pendakwaan.
Beliau turut menjawab kebimbangan mengenai pindaan pertuduhan dalam kes-kes tertentu, termasuk satu kes yang melibatkan Loh Wai Mun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Image via Berita HarianIsu tersebut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang mempersoalkan mengapa pertuduhan awal rogol telah dikurangkan kepada menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan.
Saifuddin menjelaskan bahawa Peguam Negara mempunyai budi bicara untuk meminda pertuduhan berdasarkan bukti-bukti yang tersedia.
"Keputusan untuk meminda pertuduhan daripada Seksyen 376 kepada Seksyen 354 Kanun Keseksaan adalah terletak di bawah bidang kuasa dan budi bicara Peguam Negara selaku Pendakwa Raya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Pindaan sedemikian lazimnya dibuat berdasarkan bukti yang ada bagi memastikan kebarangkalian sabitan yang lebih tinggi di mahkamah," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



