Naskhah Al-Quran Tulisan Tangan Arwah Nurly Shahirah Kini Dipamerkan Untuk Tatapan Umum

Naskhah al-Quran tulisan tangan Allahyarhamah kini telah diserahkan sementara kepada Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Buletin TV3 & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Naskhah Al-Quran tulisan tangan Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman kini ditempatkan di Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Ia sebagai langkah sementara untuk proses pendigitalan sebelum ia dipamerkan kepada umum.

Menerusi laporan Buletin TV3, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, memberitahu naskhah istimewa itu menjadi bukti ketekunan dan kesungguhan Allahyarhamah yang menyalin ayat-ayat suci Al-Quran dengan penuh dedikasi sepanjang pengajian di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut, bermula dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

"Proses pendigitalan bertujuan memastikan naskhah berkenaan dapat dipelihara dengan rapi untuk jangka masa panjang di samping menghasilkan salinan digital yang lengkap dan berkualiti tinggi bagi dijadikan koleksi rujukan serta sumber kajian di perpustakaan.

"Selain itu, pendigitalan ini juga memberi ruang kepada masyarakat umum, pelajar serta penyelidik untuk mengakses dan merujuk naskhah tersebut tanpa menjejaskan keaslian manuskrip asal," katanya.

SAYS.com
Image via Facebook

Dipamer bermula 25 Ogos hingga 2 September 2025 

Ketua Pustakawan UPSI, Noriha Muhammad, memaklumkan bahawa kerja pendigitalan mushaf tulisan tangan Allahyarhamah dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan Perpustakaan Digital UPSI (UDL).

Proses ini menggunakan imej resolusi tinggi bagi memastikan setiap helaian direkodkan dengan tepat dan jelas, sekali gus mengekalkan nilai keaslian naskhah berkenaan.

Mushaf berharga itu kini dipamerkan secara eksklusif di Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun bermula 25 Ogos hingga 2 September 2025.

Pameran ini memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih dekat mengenali hasil ketekunan dan warisan ilmu Allahyarhamah.

Untuk rekod, pada 9 Jun lalu, Allahyarhamah Nurly Shahirah bersama 14 pelajar UPSI lain terkorban dalam tragedi menyayat hati apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjong Malim terbalik di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik.

SAYS.com

Nurly Shahirah Azman, meninggal dunia dalam nahas bas di Gerik.

Image via Buletin TV3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: