Nampak Simple Tapi Bahaya, Kenapa Lepas Accident Tak Patut Minum Air Walaupun Haus?

Ada sebab rupanya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai tak tahu, selepas kemalangan jalan raya mangsa sebenarnya tidak digalakkan minum air walaupun mereka minta

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial berkongsi pengalamannya menyaksikan kemalangan di hadapan mata apabila sebuah kereta merempuh sebuah motosikal.

Mangsa, seorang penunggang motosikal, kelihatan cedera teruk namun masih sedar dan boleh bercakap.

Dalam keadaan panas terik, mangsa meminta air kerana terlalu dahaga. Namun, orang ramai di lokasi menolak permintaan itu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via English

Risiko boleh jadi jika minum air

Tidak lama kemudian, ibu mangsa tiba dengan membawa sebotol air mineral untuk diberikan kepada anaknya. Namun, seorang lelaki menegur dengan berkata:

"Tak boleh bagi air, makcik. Bahaya. Kalau dia minum, risau air tu sangkut dekat paru-paru sebab badan dia tengah sakit. Silap-silap boleh mengancam nyawa."

Walaupun si ibu berkeras mahu memberikan air walau sedikit, orang ramai menasihati agar ditangguhkan dulu. Seorang lagi saksi menambah:

"Badan dia tengah shock. Kita tak tahu kalau ada kecederaan dalaman. Kalau minum, boleh rosakkan organ dalam atau pecahkan salur darah. Lagi satu, kalau tiba-tiba kena emergency operation, risiko muntah masa bius sangat bahaya. Tunggu ambulans dulu, jangan buat apa-apa."

Ibu mangsa akhirnya akur, walaupun masih kelihatan serba salah. Setibanya ambulans, paramedik turut dimaklumkan tentang keadaan itu.

Pengguna yang berkongsi pengalaman ini mengaku baru tahu tentang larangan tersebut, lalu membuat carian di internet.

Rupanya memang benar, ia bukan tak boleh langsung, tapi ada sebab perubatan kenapa mangsa kemalangan tak digalakkan minum air.

SAYS.com
Image via @tinieamzah (Threads)

Lihat video di bawah:

@dr1share

Kenapa tak boleh bagi mangsa accident minum air SEBABNYA ADALAH….. This is just my THOUGHT…#dr1share #shouldbeme

♬ original sound – DR1 – Drwanshare

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik