Namawee Kini Dibebaskan Dengan Jaminan Polis, Tiada Bukti Kaitan Kematian Warga Taiwan
Jabatan Peguam Negara memaklumkan pembebasan Namawee adalah kerana tiada sebarang bukti kukuh setakat ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengarah dan penyanyi Namawee kini telah dibebaskan dengan jaminan polis
Menurut laporan dari Berita Harian, Jabatan Peguam Negara memaklumkan pembebasan Namawee adalah kerana tiada sebarang bukti kukuh setakat ini yang mengaitkan Namawee dengan punca kematian pempengaruh wanita warga Taiwan.
"Pihak kami menawarkan jaminan polis. Setakat ini, tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan bahawa dia terbabit dalam kematian si mati," kata Jabatan Peguam Negara.

Namewee
Image via Berita HarianTetapi siasatan berhubung kes kematian ini masih belum selesai dan sedang giat diteruskan oleh pihak berkuasa untuk mencari punca kematian.
Jabatan Peguam Negara mengarah Polis Diraja Malaysia untuk mengumpul lebih banyak maklumat
Siasatan masih diteruskan dan lebih banyak maklumat yang perlu dikumpulkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Namawee sebelum ini telah menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membantu siasatan.
Dia juga telah direman selama enam hari dan ditambah reman sebanyak tiga hari yang akhirnya tamat pada hari ini.
Ia juga berikutan Namawee adalah individu terakhir bersama dengan pempengaruh tersebut.
Pempengaruh Taiwan itu ditemukan mati dalam bilik air di sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lepas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 