Nama ‘Mohd’ Kini Tidak Boleh Digunakan, Perlu Dieja Secara Penuh – JPN

Siapa sini nama dia ada 'Mohd' atau 'Muhd'?

Enlarge text
Cover ImageCover image via BERNAMA & Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan nama singkatan 'Mohd'

Singkatan nama ini tidak lagi boleh digunakan untuk pendaftaran nama anak dan sebaliknya wajib untuk menulis ejaan tersebut secara penuh.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang (JPNPP) di laman Threads untuk memastikan ejaan itu tepat bagi generasi baru yang bakal mempunyai nama Muhammad.

SAYS.com
Image via @jpnppofficial / Threads

Hanya tiga variasi nama ini sahaja dibenarkan oleh JPN

"Nama yang tiada dah pada anak-anak sekarang ialah Mohd. Nama tersebut perlu ditulis penuh Mohamad, Muhamad atau Muhammad," kata JPN.

Pengumuman ini pula membawa pelbagai reaksi terutama dari mereka yang mempunyai nama singkatan Mohd dalam Kad Pengenalan mereka.

Seorang pengguna bernama faeez.namaku mengatakan perkara ini adalah lebih baik.

"Saya generasi yang di IC bernama MOHD. Tapi memang lebih indah kalau ditulis penuh Muhammad" katanya di Threads.

Menurut seorang lagi pengguna bernama zelozyxw, singkatan MOHD wujud kerana singkatan Muhammad dalam tulisan jawi (Mim-Ha-Mim-Dal).

"Fun fact: MOHD tu wujud sebab singkatan Muhammad dalam tulisan Jawi yakni mim ha mim dal. Jadi MOHD adalah bentuk hibrid rumi yang merujuk kepada ejaan jawi/arab bagi nama tersebut. Dah jadi rare dah batch yang pakai MOHD ni ye. hihi. mana lagi geng MOHD?," katanya di Threads.

SAYS.com
Image via Islam Wiki

Ada juga seorang pengguna yang berkongsi gambar meme mengenai ejaan nama Muhammad.

SAYS.com
Image via @saifulmann47 / Threads

Ramai mengatakan mereka setuju jika JPN menyeragamkan ejaan dalam IC kerana mudah untuk ditulis dan tidak perlu ditanya beberapa kali untuk klarifikasi.

Ada yang memberi pendapat supaya JPN untuk lebih tegas kepada ibu bapa yang mahu memberikan nama-nama (tidak dihalang) seperti Princess atau Baby.

Penggunaan nama yang lebih formal dan lengkap untuk penggunaan dalam dokumen rasmi bakal menjadi lebih mudah selepas ini terutamanya buat generasi baru di Malaysia.

Ibu bapa boleh menukarkan nama dalam sijil kelahiran dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan JPN.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: