Nak Sado Punya Pasal, Lelaki Rugi RM512,000 Lepas Terpedaya Keahlian Gym 300 Tahun

Jin kini sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap gimnasium tersebut.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki di Hangzhou, China, kerugian lebih 871,273 yuan (RM512,000) selepas membuat bayaran bagi keahlian gimnasium dan sesi latihan peribadi yang kononnya sah untuk tempoh 300 tahun

Menurut laporan South China Morning Post, lelaki yang hanya dikenali sebagai Jin itu telah menjadi ahli Ranyan Gym selama tiga tahun sebelum didatangi seorang eksekutif jualan pada Mei lalu dengan tawaran yang kelihatan menguntungkan.

Jin diberitahu bahawa sekiranya beliau membeli keahlian selama setahun, pihak gimnasium akan menjual semula keahlian itu kepada pelanggan baharu pada harga lebih tinggi, membolehkannya meraih sebahagian besar keuntungan.

Beliau turut dijanjikan bayaran balik penuh sekiranya urus niaga berkenaan gagal.

SAYS.com
Image via South China Morning Post

Terpedaya dengan janji pulangan lumayan

Selepas terpedaya dengan janji pulangan lumayan, Jin bersetuju membeli lebih banyak keahlian gimnasium dan sesi latihan peribadi, termasuk satu transaksi mencecah lebih 300,000 yuan (RM176,000) dalam sekali bayaran.

Kakitangan jualan meyakinkannya bahawa sekiranya pihak gim gagal menjual semula kad keahlian itu dalam tempoh dua bulan, beliau akan menerima bayaran balik penuh.

Sepanjang Mei hingga Julai, Jin menandatangani 26 kontrak, sekali gus mengumpul keahlian dengan tempoh sah sehingga 300 tahun, dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan sebanyak 871,273 yuan (RM512,000).

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harley PasternakImage via

Namun, apabila tiba tarikh bayaran balik yang dijanjikan pada 15 Julai lalu, Jin tidak menerima sebarang pembayaran

Menjelang akhir bulan, pihak pengurusan dan pasukan jualan gimnasium tersebut didapati menghilangkan diri.

Hasil semakan, Jin mendapati kontrak yang ditandatangani langsung tidak menyatakan janji pulangan seperti yang dipersetujui, malah turut menetapkan bahawa keahlian tersebut tidak boleh dipindah milik.

"Saya akui telah diperdaya dan dipengaruhi oleh mereka,"
katanya kepada media tempatan sambil menjelaskan bahawa pembelian itu dianggap sebagai 'pelaburan kesihatan' dan 'komitmen terhadap kesihatan'.

Jin kini mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak gimnasium berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik