Kenapa Bateri Telefon Cepat Habis Bila Travel? Ini Sebabnya Kenapa Ramai Tak Sedar

Oh inilah puncanya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernahkah anda perasan, bateri telefon pintar yang biasanya bertahan seharian di rumah tiba-tiba merosot mendadak ketika anda dalam perjalanan pulang ke kampung?

Walaupun telefon hanya tersimpan di dalam poket dan tidak digunakan, angka 100% boleh jatuh ke 60% dalam masa yang singkat.

Fenomena ini sering disalahertikan sebagai gangguan aplikasi latar belakang atau penggunaan GPS, namun punca sebenarnya jauh lebih teknikal.

Menerusi perkongsian menarik daripada akaun Threads @abe.had, jawapan kepada misteri ini terletak pada proses yang dipanggil sebagai "Cellular Handover".

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Gambar janaan AI

Mengapa lokasi statik menjimatkan bateri?

Apabila anda berada di rumah atau di satu lokasi yang tetap, telefon anda hanya perlu bersambung kepada satu pencawang telekomunikasi (tower) yang berhampiran.

Dalam keadaan ini, peranti anda berada dalam mod "rileks" kerana sambungan adalah stabil dan tidak memerlukan tenaga yang besar untuk mengekalkan isyarat.

Namun, segalanya berubah apabila anda memecut di lebuh raya atau menaiki tren laju seperti ETS. Apabila kenderaan bergerak pantas, jarak antara telefon anda dengan pencawang asal akan semakin menjauh, menyebabkan isyarat menjadi lemah.

Menurutnya, sebelum sambungan terputus, telefon anda akan melakukan gerak kerja yang sangat berat:

  • Mengerah Tenaga: Peranti akan menggunakan kuasa bateri sehingga 10 kali ganda lebih kuat daripada biasa.
  • Mencari Isyarat Baru: Telefon anda akan berhempas pulas untuk mengesan, mengimbas, dan mengunci (lock) pencawang seterusnya di hadapan.
  • Proses Berulang: Kitaran "melepaskan pencawang A dan menjerit mencari pencawang B" ini berlaku beratus-ratus kali sepanjang perjalanan dari Johor hingga ke Perlis.
SAYS.com

Gambar janaan AI

Tujuannya hanya satu untuk memastikan video YouTube atau lagu Spotify anda tidak terganggu.

Walaupun anda mungkin sedang lena tidur di kerusi penumpang, telefon anda sebenarnya sedang "berlari maraton" dan bekerja keras di sebalik tabir.

Tambahnya lagi, bateri cepat habis ketika mengembara adalah perkara normal, namun anda boleh menjimatkan tenaga peranti dengan mengaktifkan 'Airplane Mode' sekiranya internet tidak digunakan.

Langkah ini bukan sahaja memanjangkan hayat bateri, malah memberi "rehat" kepada telefon daripada terus-menerus mencari isyarat yang tidak diperlukan.

Jadi, usah hairan jika bateri telefon anda "kong" ketika pulang ke kampung kerana itu adalah bukti "pengorbanan" peranti anda untuk memastikan talian kekal berhubung sepanjang jalan.

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: