Fish & Chips Harga RM14.90 Ini Buat Pelanggan Rasa Tertipu – “Gigih Susun Bagi Nampak Penuh”
Mahal betul ya dia caj.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa hidangan fish and chips yang dibelinya di sebuah restoran di Kota Warisan tidak setimpal dengan harga yang dibayar
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads menerusi akaun @stepforwadtobesuccess yang mempertikaikan saiz hidangan tersebut yang didakwa terlalu kecil walaupun dikenakan harga RM14.90.
Menurutnya, hidangan berkenaan kelihatan tidak berbaloi kerana jumlah ikan dan kentang goreng yang diberikan agak sedikit, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai nilai sebenar makanan tersebut.

Dalam masa sama, individu itu turut mempersoalkan sama ada pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan terhadap perkara berkenaan seperti yang sering berlaku dalam isu melibatkan peniaga kecil tempatan
"Fish and chip di Kota Warisan RM14.90. Tak nak check ke? Kalau kedai Melayu karipap punya hal pun laju datang. Ni tolong check," katanya.
Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman hampir sama apabila merasakan saiz hidangan di sesetengah premis makanan tidak sepadan dengan harga yang dikenakan.
Ada yang menyindir cara susunan makanan yang dikatakan seolah-olah dibuat bagi memberi gambaran hidangan tersebut kelihatan penuh di dalam pinggan.
"Gigih susun jarak-jarak nak nampak penuh pinggan. Itu bagi saiz piring pun ada kosong," kata seorang pengguna.
Malah, ada juga yang menyifatkan hidangan tersebut lebih sesuai dianggap sebagai hidangan kanak-kanak.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 