“Walaupun Dia Tahu Kami Mat Rempit, Dia Tetap Berhenti Tolong. Terima Kasih Doktor”

"Syukur, saya selamat"

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Viral di laman Facebook sejak dua hari lepas, apabila seorang pemuda yang dikenali dengan nama Muhammad Aizuddin telah berkongsi kisah tentang rakannya yang mengalami kemalangan jalan raya

Menurut Aizuddin, rakannya yang dikenali dengan nama Faizal Hasbullah Alimin berusia 20 tahun ini telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah pada hari Ahad lalu. Berikutan daripada kejadian itu, beliau telah dibantu oleh seorang wanita yang dipercayai merupakan seorang doktor.

Gambar yang dikongsi oleh Aizuddin ini telah menerima 4,000 *likes* dan mendapat hampir 700 perkongsian oleh pengguna Facebook.

"Terima kasih kerana sudi bantu saya biarpun tiada pertalian darah dan berlainan bangsa."

Wanita yang berhati mulia membantu Faizal di tepi bahu jalan itu dipercayai merupakan seorang doktor

"Ketika saya sedang menahan sakit, saya ternampak dua kenderaan berhenti di tepi jalan untuk memberi bantuan kepada saya. Seorang daripadanya terus mengawal lalu lintas manakala dua lagi datang ke arah saya untuk menguruskan kecederaan pada tangan saya. Terdapat dua orang wanita berbangsa Cina ketika itu dan salah seorang seorang daripadanya mengeluarkan peti kecemasan dan memberi bantuan medik kepada saya."

"Pada awalnya beliau datang dan memeriksa pernafasan dan nadi saya dengan menggunakan alatan perubatan yang dibawanya. Selepas itu dia kemudian membetulkan posisi tangan saya yang cedera. Selain itu wanita tersebut juga meminta Aizuddin untuk mencari manisan ataupun gula – gula untuk diberikan kepada saya supaya saya tidak lemah akibat kekurangan gula dalam badan," katanya lagi.

Faizal kemudian dibawa ke Hospital Bentong selepas hampir 15 minit menahan sakit di tepi bahu jalan

"Alhamdulillah saya berysukur kerana selamat tiba di hospital. Kemudiannya, saya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) keesokan harinya".

Faizal berkata, biarpun kejadian terbabit sudah berlalu hampir empat hari, namun hatinya masih tersentuh dengan keprihatinan wanita terbabit.

"Selalunya penunggang motosikal ini orang akan anggap 'mat rempit', namun bila saya melihat kesungguhan wanita terbabit, saya tidak nampak pandangan prejudis itu. "Kalau boleh saya mahu jumpa doktor terbabit dan ucap terima kasih kepadanya," katanya.

Apa-apapun kami berharap Faizal akan kembali pulih dan dapat bertemu dengan superhero yang telah membantunya itu

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini pula kisah pengorbanan seorang kawan, salute lah sis!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: