“Nak Beli Pun Rasa Serba Salah” – Adriana Adnan Tegur Sikap Peniaga Maki Hamun Pekerja Depan Pelanggan

Menurutnya, sebaiknya tunggu pelanggan pulang sebelum menegur atau memarahi pekerja.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bulan puasa sememangnya mencabar buat kebanyakan orang

Tidak dinafikan, keletihan bekerja dalam keadaan lapar dan dahaga, ditambah pula dengan cuaca panas, boleh menguji tahap kesabaran.

Namun, itu bukan alasan untuk kita mudah hilang sabar atau melampiaskan kemarahan sesuka hati, apatah lagi apabila orang lain di sekeliling kita juga sedang berpuasa dan melalui situasi yang sama.

Baru-baru ini, pelakon Adriana Adnan berkongsi satu pengalaman ketika berada di sebuah gerai yang menarik perhatian ramai.

SAYS.com
Image via @adrianaadnan (Instagram)

Rasa serba salah selepas pekerja dimarahi

Menerusi perkongsiannya, beliau menegur sikap sesetengah majikan atau individu yang memarahi pekerja secara terbuka di hadapan pelanggan.

"Kalau nak marah staff/pekerja, tarik ketepi. Tegur in private. Faham, marah & frustrated. Tapi tengok keadaan sekeliling. Jangan makin hamun pekerja depan customer yang tak perlu tahu pun apa masalah korang. Customer nak beli pun rasa serba salah and rasa segan/awkward terpaksa tengok situasi tersebut," katanya.

Menurut Adriana, beliau memahami bahawa mencari rezeki dalam bulan puasa bukan sesuatu yang mudah.

Keadaan cuaca yang panas dan cabaran menguruskan pekerja yang mungkin menguji kesabaran sememangnya boleh menimbulkan tekanan. Namun, sedikit kesabaran mampu mengelakkan situasi menjadi lebih keruh.

Tambahnya lagi, jika ingin menegur atau memarahi pekerja, sebaiknya tunggu sehingga pelanggan beredar. Cara tersebut bukan sahaja menjaga maruah pekerja, malah membuatkan pelanggan tidak berasa janggal atau tidak selesa ketika berada di premis tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa teguran secara terbuka mungkin wajar sekiranya melibatkan kesalahan yang berlaku antara pekerja dan pelanggan secara langsung.

Dalam situasi sebegitu, teguran segera boleh membantu menyelesaikan isu dan memberi ruang untuk kedua-dua pihak saling bermaafan.

Perkongsian Adriana itu menjadi peringatan bahawa dalam apa jua keadaan, adab dan profesionalisme perlu diutamakan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mengajar umat Islam untuk bersabar dan menjaga tutur kata.

SAYS.com
Image via @adrianaadnan (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik