Nahas UPSI: Syarikat Bas Terlibat Didenda RM20,000 Oleh Mahkamah Majistret

Difahamkan, bas persiaran tersebut dijual kepada syarikat tanpa lesen.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat Bas, Kenari Utara Travel & Tours Sdn Bhd telah didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah menjual bas persiaran PLD 8892

Kesalahan yang dilakukan ialah menjual bas persiaran tersebut dan menyewa permit bas kepada Noreen Maju Trading satu entiti perniagaan yang mengendalikan pelancongan tanpa lesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

SAYS.com
Image via Berita Harian

Bas tersebut telah dikendalikan oleh Noreen Maju Trading yang terlibat dalam kemalangan maut di Gerik, Perak ketika membawa pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke Tanjong Malim pada 9 Jun lepas.

Kegagalan membayar boleh membawa hukuman penjara hingga lima tahun

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) juga memaklumkan mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

MOTAC juga menegaskan bahawa melanggar Akta 482 dan peraturannya merupakan kesalahan jenayah yang serius.

"MOTAC komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan dan integriti industri pelancongan negara," dalam kenyataan.

Pada 9 Jun lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas terbabit dalam kemalangan manakala 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang MPV.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: