Nabila Huda Jadi Pramugari Dalam RV Siap Buat Turbulence Sendiri – “Part Diam Tu Win!”
First time tengok orang seronok bila ada turbulence.
Cover image via @kupu_kupu (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon, Nabila Huda mengundang ketawa ramai apabila memuat naik videonya berlakon menjadi pramugari di Instagram
Menerusi video tersebut, Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil berlakon menjadi pramugari dalam kenderaan jenis RV (recreational vehicle) bersama dua lagi kawannya.
Pada awalnya, Abil kelihatan serius dalam karakter pramugari itu dengan membantu penumpang meletakkan barangan mereka di tempat penyimpanan barang.


Namun, apa yang melucukan adalah apabila mereka siap berlakon macam sedang turbulence
Bukan itu saja, Abil selamba menyuruh salah seorang penumpang diam apabila dia merungut kerana tidak ada line dalam flight.
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 354K tontonan, rata-rata netizen turut terhibur melihat lakonan random Abil.



Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



