MyKad Versi Terbaharu Bakal Ada Kod QR, Mudahkan Semakan Pihak Berkuasa
MyKad generasi baharu dijadualkan akan diperkenalkan bermula pada 1 Jun tahun hadapan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Generasi baharu MyKad akan diperkenalkan dengan ciri keselamatan tambahan berupa kod QR
Ini membolehkan pihak berkuasa mengesahkan ketulenan setiap kad pengenalan dengan lebih mudah.
Menerusi laporan Free Malaysia Today, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah, pengenalan kod QR ini bertujuan untuk mengurangkan risiko pemalsuan dan penyalahgunaan MyKad, selaras dengan piawaian keselamatan moden semasa.

Ciri keselamatan baharu berfungsi sebagai pengesahan digital
MyKad generasi baharu dijadualkan akan diperkenalkan bermula pada 1 Jun tahun hadapan.
"Kerajaan telah meluluskan kontrak baru bagi pembekalan kad MyKad, MyTentera, dan MyPoca.
"Salah satu ciri keselamatan yang ditambah baik ialah kod QR pada MyKad, yang berfungsi sebagai pengesahan digital bahawa kad pengenalan itu asli," katanya semasa sidang Dewan Rakyat.
Shamsul Anuar turut menyatakan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mempunyai keupayaan untuk memproses permohonan bagi mengubah maklumat pada MyKad, bergantung kepada jenis perubahan yang diminta.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Image via Harian MetroBeliau juga memaklumkan bahawa kementeriannya akan meneliti permintaan yang diutarakan oleh Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) yang mencadangkan agar status Bumiputera dan agama dicetak pada MyKad baharu.
Permintaan itu timbul susulan insiden baru-baru ini di mana seorang pekerja bank didakwa telah menghina seorang warganegara Bumiputera Sarawak dengan secara terbuka mempersoalkan status agamanya.
Willie menekankan bahawa warganegara bukan Islam dari Sabah dan Sarawak menghadapi kesulitan untuk makan di tempat awam semasa bulan Ramadan kerana sering dianggap sebagai Melayu Muslim oleh orang awam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 