MyKad Bertimbun Di Stesen Minyak, Pemandu Lupa Ambil Selepas Isi BUDI95
Alamak, jangan tertinggal IC guys!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Program subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) yang baru memasuki bulan pertama pelaksanaannya dilihat membawa satu trend baharu di stesen minyak seluruh negara apabila pemandu terlupa mengambil semula MyKad mereka selepas mengisi minyak
Di bawah peraturan baharu itu, pengguna perlu mengimbas atau menyerahkan MyKad ketika membeli petrol bersubsidi RON95. Namun begitu, ramai yang sering tergesa-gesa meninggalkan stesen minyak selepas selesai mengisi, tanpa sedar kad pengenalan mereka masih tertinggal di kaunter.
Fenomena tersebut mula mendapat perhatian selepas tular satu hantaran di media sosial yang menunjukkan deretan MyKad disusun kemas di atas kaunter stesen minyak.
Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut, semua kad itu milik pelanggan yang secara tidak sengaja tertinggal selepas menggunakan MyKad untuk urusan pembayaran.

Kakitangan stesen dilaporkan menyusun semula kad-kad yang ditemui bagi memudahkan pemilik datang menuntut semula
Walaupun kelihatan remeh, insiden itu menimbulkan kebimbangan kerana MyKad bukan sekadar kad pengenalan, tetapi turut menyimpan maklumat penting dan sensitif yang boleh disalah guna jika jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.
Pihak stesen minyak juga menasihatkan pengguna agar memastikan MyKad diambil semula sebelum meninggalkan kaunter bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Pelaksanaan BUDI95 bertujuan memastikan subsidi RON95 disalurkan secara lebih bersasar kepada golongan layak, namun jelas masih terdapat penyesuaian dan kesedaran pengguna yang perlu ditingkatkan dalam fasa awal program ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 