MyKad Baharu Dengan Kod QR Bakal Digunakan Untuk Pembelian Minyak Masak Paket Bermula 1 Jun

Jelas beliau, sistem tersebut mendaftarkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian pengedaran, termasuk syarikat kilang penapis, syarikat pembungkusan, pemborong serta peruncit.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malaysia Bersuara
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pembelian minyak masak paket bersubsidi akan melalui kaedah baharu apabila kerajaan merancang penggunaan kod QR pada MyKad baharu, yang dijadualkan bermula pada 1 Jun depan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via VOCKET

Menurut laporan Kosmo!, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali, memaklumkan bahawa inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengintegrasikan pelbagai mekanisme subsidi dan bantuan ke dalam satu platform bersepadu.

Menurut beliau, kaedah berkenaan bukan sahaja memudahkan urusan pembelian, malah membolehkan kerajaan mengenal pasti serta merekod transaksi pembelian minyak masak paket bersubsidi secara lebih sistematik.

"Memandangkan subsidi RON95 dan program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) telah berjalan dengan lancar, kami akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mengintegrasikan dengan platform MyKasih sebagai pilihan tambahan bagi penjualan minyak masak paket.

"Pada masa hadapan, pembelian minyak masak paket boleh dilakukan hanya dengan mengimbas kod QR pada kad pengenalan,"
katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang membangkitkan isu pengagihan minyak masak paket bersubsidi kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan luar bandar

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Dalam pada itu, menjawab soalan asal, Armizan menjelaskan bahawa Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) yang dibangunkan oleh KPDN bertujuan menambah baik pengurusan minyak masak kemasan paket bersubsidi satu kilogram melalui pendekatan pendigitalan.

Jelas beliau, sistem tersebut mendaftarkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian pengedaran, termasuk syarikat kilang penapis, syarikat pembungkusan, pemborong serta peruncit.

Selain itu, eCOSS turut merekodkan transaksi jual beli minyak masak paket bermula daripada peringkat kilang penapis sehingga pembelian oleh peruncit.

"KPDN akan sentiasa menambah baik pengurusan eCOSS sama ada melalui aplikasi Mobile eCOSS dan opsyen-opsyen lain bagi memastikan perekodan secara digital di setiap rantaian pengagihan bekalan dan transaksi jual beli," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: