MyKad Baharu Akan Dilengkapi 53 Ciri Keselamatan – “Lebih Baik Daripada Versi Yang Sekarang”
Difahamkan, sudah 14 tahun kad pengenalan semasa telah digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
MyKad baharu akan diperkenalkan bulan depan bakal mempunyai banyak ciri keselamatan berbanding MyKad sedia ada
Dilaporkan oleh Berita Harian, MyKad baharu ini akan mempunyai 53 ciri keselamatan baru lebih banyak berbanding hanya 23 untuk MyKad lama.
Sudah 14 tahun kad pengenalan semasa ini digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk urusan dan tujuan rasmi.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias, mengatakan ciri keselamatan baharu yang akan diperkenalkan ialah turihan laser, ultraungu, hologram, guilloche, teks mikro, kod respons pantas (QR) yang digunakan untuk penguatkuasaan dan cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.
"Yang pastinya ia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang," katanya di Majlis Temu Mesra Pengurusan JPN bersama Media.
Pelancaran MyKad baharu ini akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri apabila tiba masanya di peringkat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Gambar sekadar hiasan.
Image via Daily ExpressMyKad versi baharu bakal memperkasakan keselamatan identiti rakyat
Tambah beliau, MyKad baru ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan keselamatan identiti rakyat seiring dengan perkembangan teknologi dan cabaran keselamatan semasa.
Bukan MyKad sahaja akan mempunyai rupa dan fungsi baharu, tetapi MyPoCA (individu dibawah Akta Pencegahan Jenayah) dan MyTentera (anggota ATM yang sedang berkhidmat).

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias
Image via New Straits TimesWalaubagaimanapun, MyKad baharu ini tidak akan mempunyai fungsi elemen Touch 'N Go.
Malaysia mempunyai lima jenis jad pengenalan iaitu MyKad, MyPR, MyKAS, MyTentera dan MyPoCA.

Kad-kad pengenalan baharu ini dijangka akan dilancarkan bulan depan untuk kegunaan semua rakyat Malaysia. Maklumat lanjut cara permohonan MyKad baharu bakal menyusul nanti.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 