MyGameOn & SAYS Tech Lancar Kempen “Rileks Je, Takyah Toxic”, Tangani Isu Kesihatan Mental & Buli Siber
"Rileks Je, Takyah Toksik" mengajak semua pemain, pencipta kandungan dan orang ramai untuk bersama-sama membina dunia digital yang lebih selamat.
Cover image via MyGameOnFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
MyGameOn dan SAYS Tech dengan bangganya mengumumkan pelancaran "Rileks Je, Takyah Toksik", satu kolaborasi yang memberi fokus dalam mengekang buli siber sekaligus mempromosikan kesihatan mental dalam komuniti permainan video Malaysia
Secara holistik, "Rileks Je, Takyah Toksik" mengajak semua pemain, pencipta kandungan, dan peminat untuk bersama-sama membina dunia digital yang lebih selamat.
Inisiatif ini memberikan satu platform kepada individu untuk berkongsikan pengalaman mereka menghadapi perkara toksik dalam talian tanpa perlu mengesahkan identiti mereka jauh dari pandangan serong orang ramai.
Kongsikan kisah anda atau baca cerita orang lain di mygameon.my/takyahtoksik! Bukan hanya bercerita, kempen ini bakal memaparkan pelbagai cerita eksklusif seperti artikel, video dan temuduga dari pakar. Kesemua topik-topik ini akan membantu anda mengenal pasti impak buli siber dan menjaga kepentingan kesihatan mental.

Bantu dan sedia tempat mangsa buli siber bersuara
Kempen ini juga bakal memperkasakan komuniti dengan bantuan, persediaan, dan pengetahuan untuk membantu diri sendiri dan orang lain.
"Dalam industri permainan video, buli siber sering dikaitkan dengan pemain profesional, streamer, dan juga golongan wanita. Menerusi kempen ini, suara mereka dapat diketengahkan dan kisah mereka boleh dijadikan teladan untuk membina komuniti gaming yang lebih inklusif dan positif," Hazril Nor, penyunting MyGameOn.

Penyunting MyGameOn, Hazril Nor dan Ketua SAYS Tech, Sukhbir Cheema.
Image via Rileks Je, Takyah Toksik"Kesihatan mental sangat penting untuk kita, ramai orang mengetahui bahawa permainan video dapat mengurangkan stres. Melalui kempen ini, kita perlu kembali kepada isu asal bermain permainan video iaitu berseronok dan menjalin hubungan baru dengan orang lain," Sukhbir Cheema, Ketua SAYS Tech.
Sebahagian daripada kempen ini, satu acara khas akan dianjurkan untuk menjamin tempat yang selamat bagi pemain menyambut dan menjalinkan hubungan menjadi komuniti yang lebih kuat.
Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat nanti. Ikuti MyGameOn dan SAYS Tech untuk maklumat terkini!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



