Mydin Dedah Rugi Lebih RM500,000 Gara-Gara Kemudahan Troli Pasar Raya Dicuri & Hilang
Difahamkan, kos satu unit troli mencecah RM500.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, harga sebuah troli sebenarnya tidak semurah yang disangka, perkara ini juga selalu diendahkan pengunjung pasar raya
Masalah itu turut dihadapi pasar raya besar Mydin di mana setiap tahun pihaknya menghadapi masalah kecurian atau kehilangan troli di kesemua 76 cawangan mereka di seluruh Malaysia.
Menurut laporan daripada The Star, pihak Mydin mengatakan beberapa pengunjung tidak bertanggungjawab telah membawa pulang troli sehingga kerugian ratusan ribu ringgit.
Mydin Mohamed Holdings Bhd. mengatakan kerugian ini jauh daripada kerugian yang boleh diendahkan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via rnggtMydin dedah kos satu troli mencecah RM500
Menurut Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, setiap unit troli mencecah harga RM500.
Malah, lebih RM500,000 kerugian akibat troli yang hilang atau dicuri di 76 cawangan Mydin.
Beliau mengatakan kehilangan troli ini adalah kerana pelanggan yang membawa pulang troli tersebut dan tinggal berdekatan dengan mana-mana cawangan mereka.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin
Image via The Star"Mereka ini tinggal di apartment dan perumahan berdekatan. Troli dibawa pulang dan ditinggalkan di tepi jalan atau kawasan lain. Kemudiannya, pengutip besi akan mengambil troli-troli ini untuk dibuang," ujar beliau lagi.
Menurut bekas pengurus Mydin, troli-troli ini tidak boleh dijual kerana pusat pengumpul besi buruk tidak menerima barang yang dicuri.
Tambahan beliau lagi, syarikat kini terpaksa mengupah pekerja untuk mencari troli-troli hilang untuk dikembalikan dan dibaiki.
"Pencarian troli memerlukan kos. Ada yang dijumpai tetapi perlu diperbaiki kerana roda telah rosak akibat ditolak di atas jalan bertar.
"Setakat ini, kami telah kerugian 1.5% hingga 3% disebabkan pencuri," katanya.
Cubaan Mydin untuk mengurangkan kehilangan troli juga menjadi lebih sukar akibat pelanggan itu sendiri.
"Pernah beberapa kali kami berpesan kepada pelanggan untuk tidak mengeluarkan troli dari premis, tetapi pelanggan sebaliknya marah dan menuduh kami tidak bertimbang rasa kerana mereka perlu mengangkat barang runcit yang berat," tambah Ameer Ali laporan polis juga telah dibuat atas kehilangan troli-troli ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 