My Chemical Romance Tambah Show Di KL, Malaysia Satu-Satunya Negara Asia Dapat Dua Malam!
Akhirnya mereka mendengar luahan rakyat Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berita gembira buat semua peminat kumpulan ikonik antarabangsa My Chemical Romance
Disebabkan permintaan yang luar biasa tinggi, kumpulan ikonik My Chemical Romance akhirnya sah akan mengadakan malam kedua konsert mereka di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2026.
Apa yang lebih menarik Kuala Lumpur secara rasmi menjadi satu-satunya lokasi di Asia yang menerima dua malam penuh 'chaos' dalam siri jelajah mereka kali ini.
Pengumuman ini nyata membakar semangat peminat tegar yang rata-ratanya masih belum move on sejak malam pertama diumumkan sold out.

My Chemical Romance.
Image via My ImmortalTiket akan mula dijual pada jam 10 pagi, 1 Ogos nanti
Tiket bagi konsert tambahan My Chemical Romance di Kuala Lumpur akan mula dijual kepada orang ramai bermula jam 10 pagi pada 1 Ogos ini.
Para peminat yang terlepas peluang sebelum ini disarankan untuk bersiap sedia, memandangkan permintaan tinggi dijangka sekali lagi menyebabkan tiket habis dalam masa singkat.
Tandakan kalendar anda!
My Chemical Romance South East Asia Tour 2026
Tarikh konsert:
30 April 2026 (Habis dijual)
1 Mei 2026 (Tambahan tarikh baru)
Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 