Muzium Budaya Borneo, Sarawak Kini No.1 Dunia, Kalahkan Louvre, Paris Dalam Undian Global!

Sarawak mendonia!

Enlarge text
Cover ImageCover image via the Halal XPlorer
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sarawak sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila Muzium Budaya Borneo (Borneo Cultures Museum, BCM) kini berada di tangga pertama laman Museum World Ranking, meninggalkan nama-nama besar termasuk Louvre di Paris

Menurut laporan BERNAMA, setakat jam 9.30 pagi tadi, BCM berjaya meraih 49,467 undian, manakala Louvre jauh di belakang dengan 4,059 undian. Ia merupakan satu pencapaian yang membuatkan rakyat Sarawak tersenyum bangga.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pencapaian ini membuktikan warisan dan budaya Borneo semakin mendapat tempat bukan sahaja dalam kalangan rakyat tempatan, malah pelawat antarabangsa.

SAYS.com
Image via the Halal XPlorer

"Dengan reka bentuk moden dan pameran interaktif yang menampilkan kekayaan warisan etnik Borneo, muzium ini menjadi simbol kemajuan dan kebanggaan rakyat Sarawak," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang menambah baik Muzium Sejarah Semula Jadi, yang bakal mempamerkan teori evolusi Darwin dan Wallace, selain artifak biodiversiti unik dari seluruh Sarawak.

Menuju tahun melawat Malaysia 2026 dengan keyakinan baharu

Kerajaan Sarawak optimis bahawa kejayaan BCM ini akan memperkukuh lagi industri pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dengan gabungan seni bina ikonik, teknologi pameran moden, dan kandungan budaya yang kaya, BCM kini dilihat sebagai antara tarikan wajib bagi sesiapa yang datang ke Bumi Kenyalang.

SAYS.com
Image via Suara Sarawak

Di media sosial, warganet mula berkongsi rasa teruja dan bangga, terutama apabila nama BCM kini setaraf (malah mengatasi) muzium tersohor dunia.

Ramai yang mengakui pengiktirafan ini telah membuka mata dunia terhadap kekayaan budaya Borneo yang selama ini jarang ditonjolkan di peringkat global.

Dengan kedudukan No. 1 ini, BCM bukan sahaja mengharumkan nama Sarawak, malah mengangkat warisan Borneo ke pentas dunia!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: