‘Muslim Choice’ Bukan Penanda Halal Diiktiraf JAKIM – “Ia Tidak Sah & Menyalahi Peraturan”

Difahamkan, istilah 'Muslim Choice' atau berkaitan yang diperkenalkan mana-mana pihak, bukan penandaan halal yang diiktiraf.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia & Muslim Choice
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) penggunaan istilah 'Muslim Choice' atau berkaitan yang diperkenalkan mana-mana pihak, bukan penandaan halal yang diiktiraf

Menurut laporan di Harian Metro, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, istilah yang diperkenalkan Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai status halal sesuatu produk atau premis.

MFW membuat penarafan itu didakwa untuk memberi keyakinan kepada pengguna Muslim berkenaan kualiti, kebersihan, selamat dan selari dengan prinsip Islam.

SAYS.com
Image via MuslimChoice

Beliau juga menasihatkan semua pihak tidak menggunakan sebarang bentuk logo, simbol, istilah, kenyataan atau ungkapan yang memberi tanggapan halal tanpa pengesahan sah dari JAKIM atau Majlis Agama Islam negeri (MAIN) ataupun Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Hanya JAKIM dan MAIN/JAIN sahaja diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

"Berdasarkan peruntukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, hanya JAKIM dan MAIN atau JAIN diberi kuasa mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta memberi kebenaran penggunaan logo Halal Malaysia kepada pihak diperakukan." ujar beliau.

Jika menggunakaan logo, simbol, istilah, kenyataan atau ungkapan yang membawa maksud halal dikeluarkan oleh mana-mana pihak lain (kecuali JAKIM atau MAIN/JAIN) adalah tidak sah dan menyalahi peraturan.

SAYS.com
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee / Image via Harian Metro

Berdasarkan aduan daripada pihak berkuasa agama negeri, MFW masih meneruskan aktiviti terbabit.

JAKIM turut meminta MFW untuk menghentikan tindakan menggunakan 'Muslim Choice'.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: