Musim Monsun Barat Daya Akan Bermula 14 Mei Ini Hingga September Depan – METMalaysia
Jangka taburan hujan lebih sedikit, jerebu dan cuaca lebih panas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengumumkan musim monsun barat daya bakal bermula
Monsun Barat Daya dijangka akan bermula 14 Mei ini dan akan berterusan sehingga September di mana angin akan mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara.
Kenyataan rasmi ini telah dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr. Mohd Hisham Bin Mohd Anip, di laman rasmi Facebook semalam.

Jangka kadar kelembapan lebih rendah dan kurang awan sepanjang musim
Menurut METMalaysia, sepanjang musim ini, kelembapan udara akan menjadi lebih rendah menyebabkan kurang pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat.
Negara juga akan menerima jumlah hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

Sekadar gambar hiasan.
Image via NSTP"Bagaimanapun, hujan lebat, angin kencang serta ribut petir masih boleh berlaku di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah terutama pada awal pagi berikutan kehadiran fenomena garis badai.
"Ia merupakan barisan ribut petir yang terbentuk di perairan Selat Melaka dan timur Laut Cina Selatan sebelum bergerak ke kawasan daratan akibat daripada penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam," katanya.

Sekadar gambar hiasan.
Image via BERNAMAMenurut beliau lagi, monsun ini akan kemuncak pada Julai hingga September dimana fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan juga boleh berlaku jika terjadinya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal.
METMalaysia juga menasihati orang ramai untuk menggunakan air secara berhemah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 