Musim Influenza Kini Kembali, Doktor Jelaskan Beza Influenza A & B Yang Ramai Tak Tahu
Hati-hati semua, make sure pakai mask kalau ke tempat awam!
Kalau korang perasan, makin ramai orang sekarang mula demam, batuk dan selsema sampai terpaksa buat ujian influenza di klinik
Ya, musim influenza nampaknya dah kembali. Menurut Hello Doktor, influenza (atau flu) ini sebenarnya sejenis penyakit pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza.
Ada empat jenis utama iaitu A, B, C dan D, tapi yang paling kerap menyebabkan wabak setiap tahun adalah influenza A dan B.
Simptom influenza yang biasa berlaku
Kalau korang kena flu, simptomnya lebih teruk daripada selsema biasa. Antara tanda-tanda umum termasuk sesak nafas, demam tinggi, hidung berair atau tersumbat, sakit tekak, sakit badan dan sendi.
Menurut perkongsian Dr Zul di TikTok, influenza A ni dianggap versi yang lebih 'barai' sebab ia boleh menjangkiti manusia dan haiwan.
"Versi influenza ni lagi sakit, barai, kopak. Dia juga senang sangat bermutasi dengan cepat dan banyak strain," katanya.
Disebabkan sifat genetiknya yang mudah berubah, influenza A senang tersebar dalam komuniti dan kadang-kadang boleh menyebabkan wabak besar.

Influenza B hanya jangkiti manusia, tetapi tetap bahaya
Berbeza dengan influenza A, virus influenza B biasanya hanya menjangkiti manusia. Ia tak bermutasi seaktif A, tapi tetap boleh menyebabkan jangkitan teruk, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.
Influenza B ni pula terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu Yamagata dan Victoria. Walaupun ia kurang 'agresif', jangan pandang ringan sebab gejalanya pun boleh buat korang tumbang.
KKM nasihat orang ramai terus jaga langkah kesihatan

Melihat peningkatan kes sekarang, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai supaya:
– Pakai pelitup muka kalau perlu keluar
– Kerap cuci tangan dan jaga kebersihan diri
– Jangan kongsi barang peribadi
– Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
– Rehat di rumah kalau bergejala
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 