Musang King Dari Malaysia Dinobat Sebagai ‘King of Kings’ Di Kejohanan Durian Dunia 2025
Musang King favourite ramai!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Durian Malaysia, Musang King yang juga dikenali dengan nama asalnya 'Raja Kunyit' sekali lagi mencipta kejayaan di persada antarabangsa
Menurut hantaran di Facebook ASEAN Culture & History, durian itu berjaya dinobatkan sebagai "Raja Segala Raja" dalam Kejohanan Durian Dunia 2025.
Durian legenda yang juga dikenali dengan kod D197 atau nama globalnya Mao Wan Shang, memikat hati juri dengan tekstur lembut seperti mentega dan rasa pahit-manis yang kaya dan kompleks, menjadikannya standard emas durian, bukan saja di Malaysia tetapi di pentas dunia.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Mun Meng GroupDurian Musang King dapat sambutan yang baik dari serata dunia
Durian Musang King bukan lagi sekadar kegemaran tempatan, malah kini telah menawan hati peminat durian di rantau Asia, termasuk di China, Singapura, Taiwan dan Hong Kong.
Apa yang lebih menarik, di China, Musang King dianggap sebagai simbol kemewahan dan dijadikan hadiah istimewa sempena perayaan besar dan hanya dijual di butik buah premium. Durian ini akan disusun elok dalam kotak mewah, siap dengan pita emas.
Sebagai salah satu varieti terbaik negara, Musang King dihargai bukan sahaja kerana teksturnya yang lembut berkrim dan rasa pahit-manis, tetapi juga kerana rupanya yang cantik dan isi berwarna kuning pekat yang cukup menggoda.
Walaupun harganya sedikit tinggi berbanding durian lain, ramai tetap sanggup bayar kerana pengalaman rasa yang 'premium' dan manfaat kesihatan yang ditawarkan menjadikannya satu hidangan yang berbaloi untuk penggemar durian sejati.
Lebih membanggakan, Malaysia telah berjaya memperoleh perlindungan harta intelek (IP) untuk durian Musang King.
Ini adalah satu langkah penting yang mengukuhkan hak eksklusif negara terhadap nama dan penjenamaan durian ini di peringkat antarabangsa.
Dengan IP ini, tiada lagi negara lain boleh sewenang-wenangnya menggunakan nama "Musang King" bagi durian mereka. Dari ladang ke dunia, Musang King kekal sebagai mahkota durian milik Malaysia.

Musang King bukan sekadar durian, ia lambang kebanggaan negara yang kini diiktiraf dunia!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 