Murid Tidak Wajib Pakai Tali Leher Ke Sekolah Mulai Tahun Hadapan – KPM
Bagaimanapun, KPM menjelaskan bahawa pemakaian tali leher masih dibenarkan sekiranya dipersetujui melalui permuafakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa murid tidak lagi diwajibkan memakai tali leher ke sekolah bermula tahun hadapan
Menurut laporan Harian Metro, perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat siaran rasmi bertarikh 17 Disember lalu, susulan keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Profesional KPM Khas 2025 yang berlangsung pada 8 Disember. Surat berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad.
Bagaimanapun, KPM menjelaskan bahawa pemakaian tali leher masih dibenarkan sekiranya dipersetujui melalui permuafakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa.

"KPM sentiasa prihatin akan keperluan bagi ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum bermula sesi persekolahan baharu.
"Bagi memudahkan ibu bapa dalam memenuhi keperluan tersebut, dasar ini diputuskan hasil penelitian terhadap keperluan semasa murid berdasarkan faktor seperti yang berikut.
"Realiti iklim tempatan yang panas dan lembap menyebabkan pemakaian tali leher setiap hari kurang sesuai dan menjejaskan keselesaan murid dan keprihatinan KPM dalam usaha menangani beban kewangan isi rumah," jelasnya.
Kementerian turut menegaskan bahawa tiada sebarang unsur paksaan atau tekanan boleh dikenakan ke atas murid berhubung perkara tersebut

Keputusan itu dilihat selari dengan usaha KPM untuk memastikan kebajikan serta keselesaan murid terus menjadi keutamaan, selain mengambil kira faktor kos sara hidup yang semakin mencabar.
Langkah tersebut juga dijangka memberi lebih fleksibiliti kepada sekolah dalam menentukan pemakaian seragam yang lebih praktikal dan sesuai dengan keadaan semasa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 