Murid PPKI SK Meru, Klang Disahkan Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Influenza A

Seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Jalan Tap di Klang, Selangor dilaporkan meninggal dunia awal pagi Khamis dipercayai akibat jangkitan Influenza A

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Muhammad Syeikhu Azrin, 8 tahun, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata hasil siasatan mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A.

SAYS.com

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao.

Image via Makkolasai

Ahli keluarga turut dijangkiti Influenza A

Dalam pada itu, seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

"Pihak polis menerima laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki di kawasan Meru pada awal pagi.

Menurutnya, pihak kesihatan telah melaksanakan langkah pencegahan segera, termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap ahli keluarga mangsa serta melakukan pemantauan rapi bagi mengawal risiko penularan jangkitan di kawasan berkenaan.

SAYS.com

Muhammad Syeikhu Azri disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A.

Image via Berita HarianImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: