Murid Enam Tahun Masuk Darjah Satu Kini Tak Perlu Ujian Diagnostik – PMX
Difahamkan, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan bebanan kepada kanak-kanak serta memudahkan pelaksanaan sistem pendidikan di peringkat awal.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan ujian diagnostik khas bagi kemasukan murid enam tahun ke Darjah Satu, selepas mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan pelbagai pihak
Menurut laporan Sinar Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat bagi mengelakkan bebanan kepada kanak-kanak serta memudahkan pelaksanaan sistem pendidikan di peringkat awal.
Menurut beliau, pendekatan pemantauan berterusan melalui peranan guru dan ibu bapa dianggap lebih sesuai berbanding ujian khas.
"Oleh itu, ia ditiadakan supaya dipermudahkan. Bagaimanapun, menjadi tanggungjawab guru-guru dan ibu bapa untuk pantau kelayakan anak-anak," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Image via The Malaysian ReserveSebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan memaklumkan bahawa ujian saringan diagnostik khas akan diperkenalkan bagi menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki Tahun Satu seawal usia enam tahun bermula sesi persekolahan 2027
Menurut cadangan awal itu, hanya murid yang melepasi kriteria ditetapkan selepas menduduki ujian berkenaan akan dipilih.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
Image via Free Malaysia TodayImage viaDalam perkembangan sama, PM menjelaskan bahawa ujian penilaian di Darjah Empat tetap akan diteruskan kerana ia memberi tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk penambahbaikan sebelum murid melangkah ke Tingkatan Satu.
Beliau mengakui sebarang perubahan dalam sistem pendidikan pasti mengundang reaksi pelbagai pihak.
"Biasalah dalam apa juga cadangan, akan mengundang sedikita kontroversi. Buat ujian Darjah Tiga salah, Darjah Empat salah, Darjah Enam pun salah. Tak buat langsung pun salah. Jadi kita putuskan, buat (ujian) Darjah Empat kemudian kita lihat keberkesanannya.
"Pendidikan harus dinamik, harus ada penilaian yang berterusan dan peringkat awal, ini adalah cadangan. Saya harap masyarakat, ibu bapa beri ruang kita cuba dengan sebaik mungkin," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 