Murid Berumur 10 Tahun Disyaki Jadi Mangsa Buli Ditemui Mati Di Sebuah Tandas Dalam Sekolah

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang murid sekolah di Senawang semalam sebagai kes berkaitan buli mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata murid lelaki berusia 10 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di sebuah tandas sekolah sebelum dihantar ke sebuah klinik swasta.

"Kira-kira jam 1.19 tengah hari semalam, polis menerima maklumat berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

"Mangsa dihantar guru disiplin untuk menerima rawatan di klinik terbabit, namun doktor yang merawatnya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan.

Seksyen 507C Kanun Keseksaan diperuntukkan bagi mendakwa kesalahan berkaitan perbuatan buli, khususnya yang melibatkan komunikasi bersifat ancaman atau penghinaan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Ibu bapa dan murid sekolah akan diberikan sokongan psikososial

Media semalam turut melaporkan kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang memberi jaminan bahawa ibu bapa dan murid sekolah berkenaan akan diberikan sokongan psikososial, selain menegaskan agar mereka tidak bimbang untuk hadir ke sekolah susulan kejadian itu.

SAYS.com

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Image via Harian Metro

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata sejurus menerima maklumat, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan, dan mendapati mangsa ditemui tidak sedarkan diri di tandas lelaki di sebuah sekolah kebangsaan dalam daerah ini.

"Pada peringkat ini kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan dan prosedur bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi menentukan punca kematiannya.

"Polis menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung insiden ini," katanya.

SAYS.com
Image via Polis Negeri Sembilan (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: