Murid 10 Tahun Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli – “Anak Saya Dipaksa Berbogel & Dipukul”

Difahamkan, tindakan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati pelaku terhadap kakak mangsa yang menolak cintanya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Buletin TV3
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang juga pesakit kanser hidung kini berdepan trauma fizikal dan emosi selepas didakwa menjadi mangsa buli sehingga mengalami gegaran otak

Menurut laporan Harian Metro, ibunya, Siti Suhana Misdi, 39 tahun berkata, kejadian berlaku pada 21 Februari lalu di sebuah sekolah agama apabila anaknya dipukul, ditendang, dihentak kepala serta dipaksa berbogel oleh seorang murid Darjah Enam.

Dia mendakwa tindakan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati pelaku terhadap kakak mangsa yang menolak cintanya.

"Anak saya menerima rawatan di sebuah hospital swasta di bandar raya ini mulai 12 hingga 26 Mac lalu dan disahkan mengalami gegaran otak.

"Saya hanya mengetahui kejadian (buli terhadap anak) itu pada 24 Mac lalu selepas anak perempuan berkongsi kejadian sebenar kerana bimbang dengan keadaan adiknya,"
katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Mangsa yang merupakan anak keempat daripada enam beradik itu dimasukkan ke hospital sebelum keluar dan laporan polis dibuat di Balai Polis Taman Universiti

Namun, keluarganya terkejut apabila dimaklumkan kes tersebut tidak sesuai dibuka kertas siasatan. Tindakan yang diambil hanyalah pertemuan antara kedua-dua keluarga.

"Sehingga kini saya tidak berpuas hati kerana kesan (buli) pada anak saya amat mendalam, dia mengalami gegaran otak hingga tidak mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran mahupun terbabit dalam sukan.

"Doktor menyatakan tempoh penyembuhan mungkin memakan masa hingga tiga tahun serta perlu bergantung kepada ubat, selain berdepan risiko sawan sekiranya jatuh atau pengsan,"
katanya lagi.

Lebih menyedihkan, anaknya sekali lagi menjadi mangsa buli oleh pelaku berbeza di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai pada 7 Ogos lalu

"Saya tidak pasti mengapa anak saya menjadi mangsa (buli), adakah kerana dia dilihat seorang yang lemah kerana berpenyakit hingga diperlakukan demikian.

"Anak diserang kanser hidung sejak dua tahun lalu, alhamdulillah keadaannya sudah pulih 80 peratus dan hanya mengalami simptom sederhana selepas menerima rawatan sesuai,"
katanya.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin, memaklumkan pihaknya bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang mengambil tindakan lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: