Muka Bayi 2 Tahun Penuh Birat Didakwa Jadi Mangsa Dera Suami Pengasuh – “Hancur Luluh Hati Kami”
Ya Allah, kejamnya manusia!
Cover image via @zehrazhrx_ (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun didakwa menjadi mangsa penderaan sehingga menimbulkan kemarahan dan kesedihan mendalam dalam kalangan ahli keluarganya
Menerusi hantaran oleh ibu saudaranya yang tular di laman Threads, keluarga mangsa meluahkan kecewa apabila melihat keadaan kanak-kanak itu yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa tentang dunia.

"Hancur luluh hati kami sekeluarga. Tiada kata mampu menggambarkan betapa peritnya hati ini apabila melihat keadaan anak saudara kesayangan kami, Ean Zafran.
"Anak kecil berusia 2 tahun ini yang belum pun pandai bercakap, belum mengerti apa-apa tentang dunia, menjadi mangsa kekejaman manusia yang tiada hati dan perikemanusiaan!!!
"Semoga keadilan buat Ean Zafran ditegakkan, dan semoga tiada lagi anak kecil menjadi mangsa sekejam ini," katanya.
Dihantar dalam keadaan ceria dan sihat, keluarga tak sangka kanak-kanak kecil itu didera dengan sangat teruk tanpa sebab munasabah
Menerusi hantaran penuh di Facebook, ibu saudara Ean menceritakan hal sebenar yang berlaku.
"Pukul 10 pagi, daddy Ean menghantarnya ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat walafiat. Wajahnya bersih, comel, ceria, seperti biasa. Tidak pernah kami sangka, itu kali terakhir kami melihat Ean dalam keadaan bahagia sebelum melalui detik hitam ini. Kami sangka Ean dijaga dengan baik, tetapi rupa-rupanya di sebalik pintu rumah itu, dia melalui penyeksaan yang tidak tergambar oleh akal fikiran.
"Dan inilah keadaan Ean yang kami terima semula pada jam 10 malam. Bukan lagi wajah ceria yang kami kenal. Kesan penderitaan jelas di setiap inci wajahnya. Hanya Allah yang tahu, betapa peritnya hati kami melihat keadaan ini. Kalau saja Ean mampu bersuara, kalau saja dia boleh cerita kepada kami, 'Siapa yang buat Ean macam ni?' 'Kenapa semua ini jadi?' Tapi Ean hanya mampu diam, menanggung sakit.
"Hati kami luluh, air mata kami tidak berhenti mengalir. Sampai bila kekejaman terhadap anak kecil ini akan berterusan? Sampai bila pengasuh yang sepatutnya menjaga amanah bertukar menjadi pengganas?
"Yang kami sekeluarga mahukan hanyalah keadilan ditegakkan. Kami yakin pihak polis dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan paling tegas terhadap manusia yang sanggup melakukan kekejaman ini. Jangan ada lagi anak kecil yang menjadi mangsa, jangan ada lagi keluarga yang melalui detik hitam seperti kami," katanya.

Difahamkan, kes itu kini sudah diambil alih oleh peguam Nini Adila

Seluruh ahli keluarganya juga menuntut keadilan sekeras-kerasnya buat Ean Zafran dan berharap agar tiada lagi kanak-kanak menjadi mangsa dera sekejam itu selepas ini.
"Kami percaya Allah Maha Melihat, Maha Adil. Dia lindungi Ean ketika dia tidak mampu melindungi dirinya sendiri. Sejarah ini tidak akan pernah kami lupakan. Semoga kebenaran terungkap dan pelaku menerima balasan yang setimpal di dunia, dan di akhirat," tulisnya lagi.
Lihat hantaran penuh di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



