Muar Akhirnya Bakal Ada Panggung Wayang Tahun 2027, Siap Ada Bangunan Sendiri

Panggung wayang ini tidak akan dibangunkan di dalam pusat beli belah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Muar bakal mempunyai panggung wayang mereka sendiri yang akan dibuka pada tahun 2027 nanti

Panggung wayang ini tidak akan dibina di dalam mana-mana pusat beli belah tetapi akan mempunyai satu bangunannya sendiri dengan 7 dewan wayang sendiri.

FST Cinemas yang sebelum ini digelar sebagai LFS Cinemas bakal menjadi panggung wayang yang akan dibuka hasil kolaborasi Hub Business Park Muar dan YKL Capital Sdn Bhd.

SAYS.com
Image via Discovery Terengganu

Panggung baru ini boleh menampung 800 hingga 900 penonton

"Kami akan posisikan panggung ini sebagai panggung kejiranan yang mesra. Muar tidak mempunyai panggung wayang yang beroperasi dan kami berharap peluang ini akan membawa pengalaman ini lebih dekat kepada komuniti," kata Pengurus Besar FST Cinemas Dr Sai Suthan Krishnan.

SAYS.com

Pengurus Besar FST Cinemas Dr Sai Suthan Krishnan

Image via BERNAMA

Daripada dibangunkan di dalam pusat beli belah, bangunan panggung ini direka khas untuk pengalaman menonton filem yang berbeza.

Tempat duduk, sistem bunyi, kualtiti tayangan, dan suasana akan dibuat khas dengan ikutan jenama FST.

FST Cinemas di Muar ini hanyalah salah satu projek besar FST dimana mereka mengjangka akan membuka 5 lagi panggung wayang baru dari 16 menjadi 21 cawangan menjelang suku keempat 2027.

FST mengatakan mereka juga akan memberi fokus kepada pasaran pinggir bandar untuk menyebarkan hiburan filem untuk mengukuhkan posisi dan operasi mereka.

SAYS.com
Image via BERNAMA

Sai Suthan juga menambah, filem keluaran tempatan kini semakin meningkat dengan lebih 50% penonton mahu menonton filem tempatan berbanding beberapa tahun lalu dengan nisbah 70:30 dengan filem luar negara.

Sementara itu, Hans Isaac juga mengatakan industri filem Malaysia telah merekodkan jumlah penjualan tiket tertinggi tahun lepas sehingga mencecah RM240 juta yang menunjukkan sokongan orang tempatan kepada produksi dalam negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: