Mowgli Malaysia Dah Besar, Kini Uruskan Bengkel Baiki & Servis Motosikal Berkuasa Tinggi

"Minat terhadap ternakan tidak akan saya tinggalkan kerana hobi itu sudah berputik sejak kecil" – Mowgli Malaysia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Yusuf Madi & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka foto yang diambil pada tahun 2018 telah mengubah hidup seorang remaja

'Mowgli Malaysia' atau Muhammad Syukur Khamis kini sudah berusia 20 tahun dan baru sahaja bergraduasi pada 3 September lalu dari Pusat GiatMARA Hulu Terengganu.

Foto yang diambil oleh jurugambar Yusuf Madi pada tahun itu juga telah memenangi Imej Asia 2018 oleh Asian Geographic bagi kategori Jalanan/Orang Terbaik.

SAYS.com
Image via Yusuf Madi / MStar

Syukur memulakan rutin harian melepaskan kerbau dari kandang pada waktu pagi dan dan memasukkan ternakan itu semula ke kandang di sebelah petang.

Syukur juga mempunyai satu rutin dan tugas baharu iaitu membaiki motosikal berkuasa tinggi.

SAYS.com
Image via Nazdy Harun/Harian Metro

Berdasarkan temuduga dengan Harian Metro, Syukur kini menguruskan bengkel motosikal milik abangnya, Muhammad Alias, 34 di Kampung Banggol Katong.

Biasanya dia akan melakukan kerja-kerja selenggara dan membaiki pada waktu 8 malam hingga 12 malam.

Minat Syukur terhadap ternakan tidak akan ditinggalkan

Mengulas lebih lanjut, Syukur juga turut membaik pulih motosikal 'kapcai' untuk dibaiki atau selenggara.

"Alhamdulillah, sekarang tambah satu lagi rutin membaiki motosikal, namun minat terhadap ternakan tidak akan saya tinggalkan kerana hobi itu sudah berputik sejak kecil," katanya.

SAYS.com
Image via Astro Awani

Pengalaman sepanjang berada di Pusat GiatMARA akan digunakan sebaiknya untuk menimba seberapa banyak ilmu berkaitan motosikal tambah Syukur ketika disoal mengenai cabaran alam pekerjaan.

Mengulas lebih lanjut, Syukur berkata kos kerosakan atau selenggara boleh menjadi serendah RM350 sehingga RM20,000 bergantung kepada masalah sesebuah motosikal itu.

Lebih mengejutkan, Syukur masih mempunyai masa untuk menguruskan lebih 80 kerbau, 30 kambing dan tiga lembu ternakan yang telah diwarisi daripada bapanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: