‘Mobilegrapher’ Makin Agresif Kejar Pelanggan Di Sekitar KL & Kacau Pelancong Bergambar

Kelihatan beberapa individu yang mengambil kesempatan terhadap kehadiran pelancong yang asyik merakam gambar.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila malam menjelma, ibu kota terus memancarkan daya tarikannya, di mana cahaya lampu dari bangunan pencakar langit dan panorama urban

Ia sekali gus telah menarik kehadiran pelancong serta warga tempatan ke setiap ceruk bandar.

Sungguhpun demikian, kemeriahan yang dipaparkan sering diselubungi oleh tingkah laku mencurigakan yang mengundang kekeliruan dan mempersoalkan hakikat sebenar kehidupan malam di pusat metropolitan ini.

SAYS.com
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Makin agresif kejar pelanggan

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Harian Metro ke atas beberapa lokasi tumpuan, didapati kehidupan malam di ibu kota menjadi magnet yang menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Kawasan berkenaan sesak dipenuhi mereka yang hadir khas untuk mengabadikan kenangan dalam gambar serta menikmati keindahan panorama skyline Kuala Lumpur yang gemerlap.

Di sebalik keceriaan suasana malam, tinjauan itu mendapati wujud sekumpulan individu yang mengambil kesempatan terhadap pelancong yang asyik merakam gambar.

Kumpulan ini, yang dikenali sebagai 'mobilegrapher', beroperasi dalam pasukan kecil di lokasi tumpuan seperti Jambatan Saloma dan Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Kira-kira 30 individu dikesan mengekori dan mendekati sasaran (pelancong) secara agresif, menawarkan perkhidmatan fotografi berbayar.

SAYS.com
Image via Suharmin Yusuf/ Harian Metro

Taktik mereka termasuk mempamerkan gambar 'testimoni' untuk meyakinkan mangsa, sebelum menuntut bayaran antara RM5 hingga RM10 untuk satu gambar secara mendesak, hingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada pelancong yang cuba melarikan diri.

Selain isu 'mobilegrapher', tinjauan turut mendapati kesesakan berlaku di laluan menuju persiaran KLCC yang dipenuhi penjaja jalanan.

Gerai-gerai mini ini menawarkan pelbagai jualan seperti minuman sejuk, jagung bakar, dan snek ringan, menyebabkan pengunjung kerap berhenti dan melambatkan aliran trafik pejalan kaki.

Kehadiran ramai warga asing di kawasan ini menambah kepadatan, menjadikan suasana malam di ibu kota amat padat dan meriah.

Walaupun ibu kota meriah dan menarik, tingkah laku eksploitasi dan kesesakan menimbulkan persoalan adakah kemeriahan ini mencerminkan sisi indah kota, atau ia mengubah persepsi sebenar pengalaman pengunjung?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik