MITI Umum Pengimport Buah-Buahan Kini Boleh Mohon Pengecualian SST Secara Terus Kepada MoF

Hasil daripada perluasan SST yang mula dikuat kuasa pada 1 Julai ini khususnya kutipan untuk buah-buahan import.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), rakan dagang atau pengimport kini mempunyai hak untuk membuat permohonan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi import buah-buahan secara terus kepada Kementerian Kewangan (MoF)

Menerusi laporan Bernama, MITI menjelaskan bahawa pendekatan ini adalah selari dengan perlakuan yang diberikan di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).

Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan tersebut tertakluk kepada penilaian dan pertimbangan sewajarnya oleh MoF di bawah peruntukan Akta Cukai Jualan 2018.

"Namun demikian, pada masa ini, sebahagian besar buah-buahan segar telah pun diberikan pengecualian cukai secara umum bagi menjamin sekuriti makanan negara," katanya dalam jawapan bertulis Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Boleh memohon pengecualian SST import buah-buahan, setara dengan yang diberikan kepada AS (di bawah ART)

Kementerian itu memberitahu, walaupun Malaysia melaksanakan pelbagai FTA termasuk CPTPP dan RCEP, komitmen tarif negara di bawah FTA berkenaan hanya bertumpu kepada penghapusan atau pengurangan duti import.

"Ia sama sekali tidak menjejaskan hak Malaysia untuk mengenakan cukai serta melaksanakan langkah-langkah dalaman.

"Justeru, kerajaan kekal mempunyai ruang dasar dan fleksibiliti sepenuhnya untuk meneruskan pelaksanaan cukai dalaman seperti SST, duti eksais dan ses termasuk memberi pengecualian di bawah sistem percukaian sedia ada, tanpa terikat dengan kewujudan ART," katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Sementara itu, Senator Rita Sarimah Anak Patrick Insol telah mempersoalkan tentang mekanisme pemantauan yang akan digunakan kerajaan bagi memastikan AS menunaikan komitmen pengurangan tarif dan pengiktirafan piawaian produk Malaysia seperti yang termaktub dalam ART.

Dalam responsnya, MITI menyatakan bahawa Malaysia dan AS akan menggunakan Jawatankuasa Bersama di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (TIFA) sebagai platform utama untuk memantau pelaksanaan perjanjian ART tersebut.

"Platform ini akan digunakan untuk memastikan pemantauan menyeluruh terhadap komitmen pengurangan tarif, memudahcara halangan bukan tarif, pengiktirafan piawaian produk-produk Malaysia serta komitmen lain yang telah dipersetujui dalam ART.

"Jawatankuasa tersebut dipengerusikan bersama oleh MITI dan Wakil Perdagangan AS (USTR) dengan penyertaan kementerian dan agensi berkaitan dari kedua-dua negara," katanya.

Menurut MITI, proses pemantauan akan dilaksanakan dalam dua cara pertama, melalui mesyuarat berkala di bawah TIFA untuk menilai kemajuan ART dan kedua, melalui penganjuran mesyuarat teknikal khusus bagi mendapatkan maklumat teknikal dan data yang diperlukan untuk menjamin kepatuhan setiap komitmen.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: