Misteri 10 Tahun MH370, MOT Sahkan Operasi Pencarian Disambung Semula 30 Disember Ini
Ocean Infinity sudah mengesahkan operasi pencarian di dasar laut secara berperingkat selama 55 hari dimulakan semula.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan operasi pencarian bangkai pesawat MH370 akan disambung semula oleh syarikat Ocean Infinity bermula 30 Disember ini
Dalam kenyataan dari MOT, misi pencarian dasar laut secara berperingkat itu dijadualkan berlangsung selama 55 hari.
"Pencarian akan dijalankan di lokasi sasaran yang dinilai mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk menemukan pesawat berkenaan, selaras perjanjian perkhidmatan dimeterai antara kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity pada 25 Mac lalu.
"Perkembangan terkini ini menekankan komitmen kerajaan dalam memberikan kepastian kepada keluarga yang terkesan oleh tragedi ini," katanya hari ini.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang berakhir di Lautan Hindi selatan
Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 orang merangkumi 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Ia hilang daripada radar pada 8 Mac 2014, ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Data radar tentera menunjukkan bahawa pesawat tersebut telah membuat pusingan 180 darjah melintasi Semenanjung Malaysia menuju ke Selat Melaka, sebelum berpusing ke utara dan dikesan buat kali terakhir di kawasan utara Sumatera.
Melalui analisis teknologi satelit berikutnya, didapati bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi Selatan.

Walaupun Malaysia, Australia, dan China telah bekerjasama menjalankan salah satu operasi pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan, pesawat itu gagal dikesan di zon pencarian utama di selatan Lautan Hindi.
Sejak kehilangan itu, beberapa serpihan yang disahkan atau dipercayai milik MH370 telah ditemukan di kawasan pantai Lautan Hindi Barat, termasuk di Mozambique, Madagascar, dan Pulau Reunion.
The Telegraph pada 25 Februari lalu melaporkan bahawa Ocean Infinity telah memulakan semula pencarian MH370 di Lautan Hindi.
Laman penjejakan maritim menunjukkan kapal sokongan laut dalam milik syarikat itu, Armada 7806, telah tiba di zon pencarian baharu, kira-kira 1,931km dari Perth, Australia.
Bagaimanapun, pada April lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengesahkan bahawa operasi pencarian oleh Ocean Infinity telah dihentikan sementara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 