Misi Pencarian Nasi Lemak No. 1 Pilihan Orang Ramai, Jom Undi Di MyResipi & Menangi Hadiah Menarik!

Kempen ini berlangsung dari Ogos hingga September 2025, jom calonkan gerai atau restoran nasi lemak kegemaran anda.

Enlarge text
Cover ImageCover image via MyResipi
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, MyResipi, platform komuniti makanan digital di bawah REV Media Group, mengumumkan pelancaran kempen "Makan Sini Best"!

Kempen ini merupakan satu inisiatif komuniti bagi mencari, meraikan dan mengiktiraf pengusaha "Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang", dengan keputusan sepenuhnya berada di tangan rakyat Malaysia.

Kempen ini berlangsung dari Ogos hingga September 2025, memberi peluang kepada orang ramai untuk menonjolkan pengusaha tempatan yang menjadi tulang belakang hidangan ikonik negara. Acara kemuncak akan diadakan pada 25 September 2025 untuk menobatkan juara pilihan ramai.

SAYS.com
Image via MyResipi

"Menerusi Makan Sini Best, kami mahu mengangkat keunikan cita rasa tempatan dan semangat pengusaha makanan. Matlamat kami adalah memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih juara sebenar nasi lemak di Lembah Klang kerana suara komuniti adalah yang paling telus," kata Muhamad Shaifullah Tayep, Penulis Kanan Kandungan Berjenama di REV Media Group.

Misi mencari Nasi Lemak Paling Sedap di Makan Sini Best daripada MyResipi

Kempen ini dibahagikan kepada tiga fasa utama:

1. Fasa Pencalonan (9 – 23 Ogos)

Calonkan gerai atau restoran nasi lemak kegemaran dengan meninggalkan komen di hantaran rasmi Facebook, TikTok, atau Instagram MyResipi. Sertakan nama kedai, lokasi dan alasan pencalonan.

SAYS.com
Image via MyResipi

2. Fasa Undian (10 – 22 September)
Lima calon dengan pencalonan tertinggi akan disenarai pendek, dan orang ramai boleh mengundi pemenang melalui laman mikro rasmi kempen.

3. Pengumuman Juara (25 September)
Pemenang akan diumumkan dalam acara mini dan menerima plak penghargaan rasmi daripada MyResipi sebagai pengiktirafan "Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang". Sepanjang kempen, pelbagai hadiah eksklusif tajaan Le Nona menanti penyokong dan peserta, termasuk:

  • Peraduan Foto Kreatif Nasi Lemak di Facebook MyResipi. Pemenang membawa pulang Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L.
  • Dua peserta dengan komen paling meyakinkan akan memenangi Le Nona Jumbo Rose Wok Set (edisi biasa dan Scarlet Edition).
  • Di acara kemuncak pada 25 September, 100 pengunjung terawal akan menikmati nasi lemak percuma dan produk daripada penaja seperti Sunshine Bakeries Malaysia dan ZUS Coffee.
  • Cabutan bertuah di lokasi turut menawarkan hadiah tambahan, termasuk sebuah lagi Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L.
SAYS.com
Image via MyResipi

Maklumat penuh, senarai calon, video di sebalik tabir dan pautan undian boleh didapati di www.myresipi.com/makansinibest.

"Kempen ini adalah penghargaan kepada wira tempatan di sebalik hidangan sarapan kegemaran rakyat Malaysia, sambil mengeratkan hubungan antara jenama, pengguna dan ekosistem makanan tempatan," tambah Shaifullah.

Untuk perkembangan terkini, ikuti @myresipi di Instagram dan platform media sosial rasmi MyResipi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: