Minum Terus Air Dari Tin Tak Dibasuh, Lelaki Maut Selepas Terkena Jangkitan Kencing Tikus

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai antara kita yang pernah atau mungkin masih ada tabiat minum air tin terus dari kedai tanpa membilas terlebih dahulu bukan?

Nampak remeh, tapi tahukah anda bahawa tabiat ini sebenarnya boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan yang serius?

Minuman dalam tin sememangnya mudah dibeli dan senang dinikmati, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal.

Namun, apa yang ramai tak sedar, permukaan tin minuman yang diletakkan lama di rak kedai, dalam gudang, atau semasa proses penghantaran, terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran seperti habuk, najis tikus, kotoran serangga, dan bahan kimia.

Malah, terdapat kes terdahulu di mana individu jatuh sakit hanya kerana meminum terus dari tin yang tercemar tanpa dibersihkan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi rasa sedih mengenai pemergian anak sulungnya akibat terkena kencing tikus.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita HarianImage via

Mula-mula hanya demam sikit, tapi lama-lama makin teruk

Menerusi perkongsian di Facebook Mohd Azizuddin Aziz, dia memaklumkan bahawa anak sulungnya, Muhammad Ikmal, baru-baru ini menyertai aktiviti pendakian bersama rakan-rakan.

Namun, tidak lama selepas itu, Ikmal mula mengalami simptom demam dan cirit-birit yang berlarutan selama beberapa hari.

Bimbang dengan keadaannya, mereka segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik. Pada awalnya, doktor memaklumkan bahawa gejala yang dialami hanyalah demam biasa dan tidak membimbangkan.

Namun begitu, keadaannya tidak menunjukkan sebarang tanda pemulihan, malah semakin teruk dari hari ke hari.

Akhirnya, selepas kunjungan kedua ke klinik, doktor memutuskan untuk merujuk Ikmal ke hospital besar bagi menjalani pemeriksaan lanjut dan rawatan yang lebih menyeluruh.

Doktor memberitahu Ikmal rupa-rupanya terkena jangkitan kuman kencing tikus yang sudah merebak ke dalam badannya.

Semasa dirawat, kesihatannya semakin hari semakin merosot hingga menyebabkan dia menghembuskan nafas terakhir.

"Ambillah pengajaran dari apa yang telah berlaku pada Along, 4 hari sahaja serangan kuman cara diam yg telah menghancurkan buah pinggangnya, paru-paru, saraf dan jantung,"
ujar bapa pemuda itu.

Lihat perkongsian itu di bawah:

SAYS.com
Image via Mohd Azizuddin Aziz (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik