Mimpi Ngeri Buat Pengumpul Kad, Terpotong Kad Yu-Gi-Oh! Bernilai Hampir RM31,000

Difahamkan, dia telah membuka pek tersebut menggunakan gunting.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Xuan Zii (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pengumpul kad Yu-Gi-Oh! berang apabila secara tidak sengaja merosakkan bucu kad yang jarang ditemui

Perkara ini melibatkan kad dengan nama "Grandmaster Rare Dark Magician" dari set kotak Pharaoh's Servant dimana video kejadian ini dikongsikan di Facebook oleh pengguna bernama Xuan Zii.

"Apa yang berlaku?" katanya di dalam video.

SAYS.com
Image via Xuan Zii (Facebook)

Kad tersebut dinilai setinggi RM31,000

Lelaki dalam video tersebut telah secara tidak sengaja memotong bucu kanan kad tersebut kerana membuka pek menggunakan gunting.

Gunting kadang-kadang digunakan oleh pemain TCG kononnya untuk memudahkan pembukaan pek tetapi sebenarnya tidak bagi lelaki ini.

SAYS.com
Image via Xuan Zii (Facebook)

Dalam klip itu, lelaki tersebut boleh dilihat mengamuk, berang dan berlegar-legar kebelakang dan kedepan di kawasan dapur rumahnya.

Buat pengetahuan orang ramai, kad itu dinilai sangat tinggi kerana hanya 100 keping kad itu sahaja akan dicetak mengikut satu rantau.

SAYS.com
Image via Xuan Zii (Facebook)

"Ini adalah peringatan untuk semua orang yang menggunakan gunting kerana risiko yang tinggi," ujar Jayme Deans.

"Inilah sebabnya anda tidak menggunakan gunting untuk membuka pek," Adam Ant.

Menurut laman Facebook RespectYGO, kad itu bernilai lebih kurang 1 juta yen (lebih kurang RM31,500) mengikut harga pasaran Jepun.

SAYS.com
Image via RespectYGO (Facebook)

Buat peminat permainan kad dagangan (trading card game) ramai telah memesan untuk tidak sesekali menggunakan gunting untuk membuka pek supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: