Mimi Lana Tuntut Keadilan Buat Arwah Zara – “Dia Dah Minta Tolong Tapi Tak Ada Siapa Dengar”
Semoga pihak berkuasa dapat jalankan siasatan dengan teliti sehingga kes ini selesai.
Cover image via @missmimilana (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon, Mimi Lana antara selebriti yang lantang bersuara berhubung kematian tragis pelajar sekolah, Zara Qairina, yang didakwa menjadi mangsa buli sehingga meragut nyawanya
Menerusi satu hantaran di Instagram, Mimi tidak menyembunyikan rasa marah dan kecewanya terhadap insiden itu, malah menegaskan bahawa Zara sebenarnya sudah pun meminta pertolongan, tetapi suaranya tidak diendahkan.
"Kita perlu keadilan untuk adik Zara, SEKARANG! Adik Zara, seorang murid sekolah, berulang kali menyuarakan penderitaan dia, menyebut satu persatu nama pembuli yang menyeksa dia secara fizikal dan mental.
"Dia dah minta tolong. Dia dah bagi petunjuk. Tapi suara dia tak pernah benar-benar didengari… sehingga dia akhirnya pergi," tulisnya.

Tambah Mimi lagi, sama ada Zara dibunuh atau tidak, hakikat yang perlu dihadapi ialah dia telah dibuli, dan yang lebih menyakitkan, pembuli-pembuli itu masih lagi bebas
"Sama ada dia dibunuh atau tidak, FAKTANYA, dia dibuli!! Dan pembuli-pembuli itu masih bebas di luar sana!Apa lagi yang kita tunggu? Sampai ada lagi budak yang terkorban baru nak bertindak? Semua yang terlibat mesti disiasat dan DITANGKAP!
"Termasuk ibu bapa yang masih lindungi anak mereka walaupun tahu mereka pembuli! kamu sedang rosakkan hidup anak kamu sendiri! Kita tak boleh diam lagi. Benda ni dah jadi barah dalam masyarakat.Budaya buli di sekolah bukan hal biasa. Ia bunuh jiwa, bunuh harapan, dan kali ini… ia bunuh nyawa," katanya lagi.
Sementara itu, gambar sekumpulan pelajar didakwa buli arwah Zara Qairina tersebar di media sosial semalam
Difahamkan, individu yang ada di dalam gambar tersebut merupakan nama-nama yang pernah disebut arwah.

Lihat hantaran penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



