MILO Disebut ‘Mai-Lo’ Atau ‘Mee-Lo’?, Rupa-Rupanya Macam Ini Sebutan Yang Betul
Oh, macam itu rupanya sebutan dia.
Cover image via FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sahaja tidak suka pada MILO, minuman coklat malt yang terkenal di Malaysia yang menjadi pilihan ramai sejak generasi ke generasi
Rasanya yang manis, berkhasiat, dan mudah dinikmati pada bila-bila masa menjadikan ia minuman kegemaran keluarga, pelajar, malah ramai yang tidak dapat melepaskan rutin harian mereka tanpa secawan MILO.
Lebih-lebih lagi di zaman persekolahan, MILO sering dikaitkan dengan kenangan manis ketika rehat sekolah atau sarapan pagi bersama rakan-rakan.
Namun, terdapat dua sebutan yang sering diperdebatkan. Ibu anda mungkin mengatakan "Mee-Lo ais kurang manis", manakala rakan anda pula bersikeras dengan sebutan "Mai-Lo", seperti pengucapan yang biasa didengar di Australia.

Perdebatan itu lazimnya berakhir dengan anggukan ringan sambil meneguk kesedapan coklatnya, namun jauh di hati, kita semua ingin mengetahui sebutan yang sebenar.
Satu tinjauan di Reddit beberapa tahun lalu menunjukkan bahawa 'Mee-Lo' dan 'Mai-Lo' menerima undian yang hampir seimbang.

Rupanya, wujud sebab kukuh mengapa perdebatan ini timbul sejak awal lagi
Hasil semakan mendapati, iklan MILO pada tahun 1983 menampilkan jingle, "MILO, MILO, anda jadi sihat dan kuat," di mana perkataan 'MILO' jelas dinyanyikan sebagai 'Mee-Lo'.
Mungkin itulah punca sebenar perbalahan sebutan ini bermula.
Kemudian pada 2022, pencipta kandungan @christhechindian mengambil inisiatif untuk menyelesaikan kontroversi ini sekali dan untuk semua.
Beliau bertanya secara terus kepada pegawai eksekutif perniagaan MILO, Ng Su Yen, secara terus-terang.
Lihat video jawapan sebutan itu di bawah:
Namun hakikatnya, sama ada anda sebut 'Mai-Lo' atau 'Mee-Lo', ia tidak mengubah hakikat bahawa minuman coklat malt ini pada dasarnya adalah sepotong nostalgia zaman kanak-kanak Malaysia dalam setiap cawan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



