Miliki Wajah Seiras Bintang Pop, Pempengaruh TikTok Ini Digelar ‘Justin Bieber India’
Sama ke tak dengan Justin Bieber ni guys?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, nama seorang pempengaruh di India menjadi perhatian selepas tular dakwaan di media sosial yang menyebut beliau sebagai 'lelaki paling kacak di India'
Namun, menurut laporan Newsx, dakwaan tersebut akhirnya disahkan sebagai tidak benar oleh pemeriksa fakta.
Suraj Chavan, 30, merupakan pempengaruh media sosial dan pemenang Bigg Boss Marathi Musim Ke-5 yang berasal dari Maharashtra.
Beliau sering digelar 'Justin Bieber of India' oleh peminat susulan gaya rambut dan penampilannya yang mengingatkan ramai kepada penyanyi terkenal itu, khususnya era awal 2010-an.

Sedikit info mengenai 'Justin Bieber India':
Beliau dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa pada usia muda. Anak bongsu daripada enam beradik, Suraj dibesarkan oleh lima kakaknya di Kampung Modhave, daerah Pune.
Difahamkan, kekangan kewangan memaksanya bekerja sebagai buruh harian dengan pendapatan sekitar ₹300 sehari, sekali gus menjejaskan pendidikannya. Beliau hanya sempat bersekolah sehingga Darjah 8 dan tidak boleh membaca dalam bahasa Marathi.
Langkah Suraj ke dunia media sosial bermula secara tidak sengaja apabila beliau memuat naik video TikTok menggunakan telefon milik orang lain. Video tersebut menjadi tular dan mendorongnya untuk terus menghasilkan kandungan video spontan tanpa skrip yang kini menjadi identitinya.

Selepas memenangi Bigg Boss Marathi, Suraj berjaya menembusi industri perfileman Marathi dan membintangi filem romantik Zapuk Zupuk (2025).
Beliau kini meraih pendapatan lumayan melalui promosi media sosial, YouTube serta jemputan acara awam dengan bayaran sehingga ₹50,000 bagi setiap penampilan.
Walau bagaimanapun, dakwaan bahawa Suraj Chavan telah diundi sebagai 'lelaki paling kacak di India' telah disangkal. Menurut pemeriksaan fakta, tiada sistem pengundian rasmi atau pengiktirafan nasional bagi gelaran tersebut, sekali gus menjadikan dakwaan berkenaan sebagai mengelirukan.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 