Michelle Yeoh Dedah Ada 100 Koleksi Patung Labubu – “I Think They Look Like Me”
Biar betul lebih 100 Labubu?
Cover image via @fallontonight (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam dunia koleksi mainan dan seni urban, kehadiran siri patung dikenali sebagai Labubu yang kini telah mencetuskan fenomena luar biasa
Ini menjadikannya bukan sekadar barangan koleksi, tetapi juga simbol budaya pop global.
Malah, Labubu telah muncul sebagai ikon yang wajib dimiliki, membuktikan bahawa daya tarikan 'kotak buta' (blind box) mampu mencetuskan demam koleksi yang dahsyat.
Bukan itu sahaja, aktres kebangaan Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh juga mendedahkan bahawa belia adalah 'ratu Labubu'.

Dedah ada lebih 100 koleksi patung Labubu
Tan Sri Michelle Yeoh, baru-baru ini telah mengejutkan khalayak global apabila mendedahkan minat tersembunyinya sebagai pengumpul tegar siri patung koleksi popular, Labubu.
Pendedahan tersebut dibuat semasa beliau menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara popular Amerika Syarikat, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.
Dalam segmen temubual yang santai, Yeoh telah mencetuskan suasana riuh-rendah di studio apabila beliau secara bersahaja mendedahkan bahawa beliau memiliki koleksi peribadi yang terdiri daripada lebih 100 patung Labubu.
Jumlah yang tidak dijangka itu membuatkan hos rancangan, Jimmy Fallon, terperanjat dan terpaksa meminta pengesahan.
"Anda memiliki 100 Labubu?" soal Fallon dengan nada tidak percaya.
Dengan gaya bersahaja yang menjadi ciri khasnya, Yeoh membalas, "Oh, mungkin sedikit lebih daripada seratus."
Beliau menjelaskan bahawa koleksinya merangkumi pelbagai saiz daripada yang kecil hingga yang besar dan beliau menghadapi kesukaran untuk memilih hanya satu warna kegemaran.

Detik tersebut tercetus apabila Fallon memaparkan sekeping foto Yeoh meraikan ulang tahun kelahirannya dengan kek bertemakan Labubu, lantas mencadangkan bahawa pelakon Malaysia itu telah mendahului trend koleksi tersebut.
Fallon berseloroh, "Michelle, anda memang mendahului permainan ini. Adakah anda menyukai Labubu?" yang dijawab dengan jawapan 'Ya' yang tegas.
Mengakhiri segmen tersebut dengan manis, beliau telah menghadiahkan Jimmy Fallon dua buah patung Labubu mini untuk anak-anak perempuan Fallon, lengkap dengan ukiran inisial M dan Y, yang mewakili namanya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



