MH370: Ocean Infinity Hentikan Pencarian Di Lautan Hindi – “Tiada Penemuan Baharu Dilaporkan”

Pencarian di Lautan Hindi itu telah dihentikan tanpa menemukan sebarang maklumat atau data baharu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Ocean Infinity & Sky News
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ocean Infinity, syarikat penerokaan laut dalam telah menamatkan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370

Pencarian di Lautan Hindi itu telah dihentikan tanpa menemukan sebarang maklumat atau data baharu yang berkaitan pesawat yang hilang itu.

Ketua Pegawai Esekutif Ocean Infinity, Oliver Plunkett mengatakan kapal syarikat itu secara rasmi telah meninggalkan zon pencarian pada 23 Januari dalam usaha terbaru ini.

SAYS.com
Image via Ocean Infinity

Selama 151 hari di laut dan lebih 140,000 kilometer persegi telah diteroka

Sejak tahun 2018, syarikat itu telah menghabiskan 151 hari di laut dan telah memetakan lebih 140,00 kilometer persegi dasar laut.

"Penting bagi kami untuk memanfaatkan setiap maklumat dan data yang ada dan kembali, tetapi meskipun dengan segala usaha itu, kami tidak dapat menemuinya," katanya dalam satu kenyataan di laman web syarikat itu.

Plunkett juga mengatakan skala operasi mencari, baik dari segi geografi mahupun teknologi, hampir mustahil untuk difahami, tetapi rasa bangga dengan usaha pasukan termasuk teknologi canggih yang digunakan sepanjang misi itu.

"Gabungan ketelitian saintifik, teknik automasi, robotik dan pengalaman organisasi yang lebih meluas bermakna pencarian ini dijalankan dengan tahap ketepatan dan kelajuan yang tidak pernah terfikirkan pada 2018.

SAYS.com
Image via Free Malaysia Today

"Saya harap mereka di seluruh dunia yang menganggap perkara ini penting tahu bahawa, walaupun kita tidak mendapat hasil yang kita inginkan, sebilangan besar orang telah melakukan yang terbaik yang mereka mampu," katanya lagi.

Walaupun tidak mencapai hasil yang diharapkan, Plunkett mengatakan kawasan yang telah dibuat carian bakal menjadi petunjuk untuk usaha pencarian masa hadapan.

"Jika tiada menemukan apa-apa lagi, kita boleh mengatakan dengan yakin bahawa ia bukanlah tempat yang kita cari. Itu penting – untuk lebih jelas, dan ia akan membantu mereka yang terus mengkaji bukti, memperhalusi pemikiran mereka dan membentuk strategi carian pada masa depan,"
tambahnya lagi.

SAYS.com
Image via Sky News

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: