MetMalaysia Keluarkan Amaran Cuaca, Taufan Kalmaegi Kini Hampiri Negeri Sabah
MetMalaysia turut memberi amaran bahawa kesan taufan ini dijangka membawa hujan berpanjangan di Sabah dan Labuan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Taufan Kalmaegi yang melanda Filipina dikesan menghampiri perairan Malaysia di mana ia terletak kira-kira 405 kilometer di barat laut Kudat, Sabah, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MetMalaysia memaklumkan taufan berkenaan berada pada koordinat latitud 12.5 darjah utara dan longitud 116.1 darjah timur, bersamaan kira-kira 627 kilometer dari barat laut Puerto Princesa, Filipina.
Mengikut pencerapan pada jam 8 malam ini, Kalmaegi sedang bergerak ke arah barat laut pada kelajuan sekitar 30 kilometer sejam, dengan potensi kekuatan angin maksimum mencecah 194 kilometer sejam.
MetMalaysia turut memberi amaran bahawa kesan taufan ini dijangka membawa hujan berpanjangan di Sabah dan Labuan, selain menyebabkan tiupan angin kuat serta keadaan laut bergelora di kawasan Laut China Selatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 