Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Ke-58: Trafik Dijangka Sesak Mulai Esok Hingga 11 Julai Ini

Ia dijangka bermula seawal Jumaat ini dalam radius satu kilometer dari kawasan KLCC.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa laluan utama di ibu negara dijangka mengalami gangguan trafik bermula 8 hingga 11 Julai ini

Ia berikutan penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menerusi laporan Bernama, Sekretariat Induk Logistik ASEAN, Kementerian Luar memaklumkan gangguan trafik dijangka bermula seawal Jumaat ini dalam radius satu kilometer dari kawasan KLCC serta di sepanjang jalan utama dan lebuh raya yang menghubungkan pintu masuk utama ke ibu negara.

"Maklumat lanjut mengenai laluan yang terjejas dan penutupan jalan tertentu akan dimaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

"Kementerian Luar memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kefahaman serta kerjasama orang ramai," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Komited bagi memastikan penganjuran berjalan lancar

Sebagai tuan rumah bagi acara serantau yang berprestij ini, Kementerian Luar menerusi sekretariat penganjur menegaskan komitmen untuk memastikan segala urusan berlangsung lancar dan berjaya, tanpa mengenepikan kesejahteraan rakyat.

Malaysia secara rasmi mengambil alih Kepengerusian ASEAN bermula 1 Januari 2025 daripada Laos, membawa tema "Keterangkuman dan Kemampanan".

Ia adalahsatu cerminan kepada aspirasi negara untuk membina sebuah ASEAN yang lebih bersatu, inklusif dan makmur untuk semua.

Ini adalah kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN selepas memegang jawatan itu pada tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.

SAYS.com
Image via My ASEAN 2025

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: